@ Nani Rostam |
Antaranya ialah PETUA SELEPAS BERSALIN ini:
(1) Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
(2) Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.
(3) Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
(4) Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
(5) Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
(6) Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
(7) Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru.....
@Botol Shaklee di rumah Nani Rostam |
(8) Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
(9) Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
(10) Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, Insya Allah, badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.
*Source: Nani Rostam.
Aha, jangan tak tahu Aunty Nani Rostam juga mengamalkan vitamin Shaklee tau!
Nak cantik macam Aunty Nani Rostam? Jom amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!
Jadi apa yang menarik untuk dikongsikan di sini ialah, beliau mengamalkan pengambilan food supplement dari Shaklee yang sememangnya terkenal dari zaman dulu lagi. Jadi, mengikut supplement yang beliau ambil, ia merupakan Set C atau Confinement Set (Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C, Zinc & Alfalfa) yang saya sediakan buat ibu-ibu berpantang dan beliau add on ESP (susu protein) dan Vitamin E.
Cubalah set berpantang Shaklee.. anda akan rasa perbezaannya.. dan saya sgt2 menggalakkan anda utk add on Ostematrix (kalsium-magnesium-Vit D) dan juga ESP... kedua-dua suplemen nie adalah antara milkbooster terbaik yg kami ada selain alfalfa... tubuh anda juga akan rasa bertenaga dan kurang stress walaupun kurang tidur / rehat...
Hubungi saya sekarang utk membuat pembelian dan anda boleh mendapatkan tips ekslusif utk memperbanyakkan susuibu (hanya untuk customer saya) - Sila inform sy jika berminat utk mengetahui tips ekslusif tersebut..
0 comments:
Post a Comment