Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut
RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?
Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.
Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.
Beliau berkata, mereka yang mengamalkan diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi.
“Kekurangan asid lemak menyebabkan tempurung dan kulit kepala kering. Jika folikel rambut tidak sihat, seseorang itu akan mudah berhadapan dengan keguguran rambut,” katanya.
Asid lemak Omega-3 boleh ditemui dalam ikan salmon dan mackerel selain kacang macadamia. Wanita terutamanya disarankan mengambil asid lemak Omega-3, tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.
Keguguran rambut yang ketara boleh menyebabkan botak atau separuh botak. Meskipun botak dilihat sebagai trend ‘macho’ kebanyakan lelaki hari ini, botak kerana masalah rambut dan botak kerana pilihan peribadi adalah dua perkara berbeza
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
sumber : http://metrobestmom.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment