Ketika di sekolah dulu cikgu saya dan anda mesti ada beritahu bahawa kalsium penting untuk tulang dan gigi kan? bila dewasa dan mengenali Shaklee baru saya tahu banyak lagi kepentingan kalsium ni. Salah satunya untuk kecantikan jangka panjang.
Anda teruja nak tahu ? Baiklah saya kongsi tentangnya dari sumber bacaan saya.
Wajah kita mempunyai beberapa otot, antaranya kumpulan otot pipi digelar meseter fungsi untuk mengunyah, otot bersiul dan meniup pula dinamakan buccinators. Otot dibahagian dagu dinamakan mentalis. Bagi membolehkan otot muka bekerja dengan baik beberapa perkara penting seperti kalsium kena cukup. Sebab kesan kekurangan kalsium ini dapat dilihat pada usia meningkat melebihi 40-an, apabila wajah kita tidak simetri iaitu senget sebelah.
Kalsium juga membantu mengembalikan kulit yang kusam, letih dan bernoda kerana ia berfungsi untuk menggantikan sel yang dirangsang oleh enzim protein kinase C sehingga kulit menjadi lebih lembut dan segar. kadar kalsium yang tinggi dalam jaringan epidermis berfungsi sebagai lapisan antioksida dari radikal bebas, seperti yang kita tahu antioksida sangat penting untuk awet muda serta mencegah kerosakan DNA yang dapat mempengaruhi tekstur kulit.
Kalsium juga berperanan untuk meminimakan kerosakan kologen, jadi disarankan anda yang memiliki kulit kering mencuba suplemen kalsium kerana ia sangat efektif untuk mengurangkan kekeringan kulit dan menjaganya agar tetap terhidrasi.
Tapi yang paling saya suka dengan kalsium ini ialah memudahkan untuk bangun pagi, sebab biasanya kita rasa letih dan malas bila nak bangun pagi, nak-nak hari Isnin. Maklumlah Monday Blues!
Ada seorang teman menyatakan pada saya mula-mula macam tak percaya bila saya katakan padanya kalsium bagus untuk mereka yang sembelit, tapi bila mencubanya dia benar-benar rasa keberkesanannya bahawa kalsium adalah penyelesaian masalah sembelit.
0 comments:
Post a Comment