Ads 468x60px

6/05/2012

Kebaikan Vitamin E


 
Kulit
fungsi vitamin E juga sebagai penangkap radikal bebas atau sebagai antioksidan,kekurangan vitamin ini membuat kulit tampak berkerut,fungsinya hampir mirip dengan vitamin C,Vitamin E melindungi kulit dengan menguatkan serat2 kolagen dan elastin pada kulit,membuat kulit lebih kencang dan lebih terjaga kelembabannya,sangat baik utuk kulit yang sensitif terutama yang sensitif pada sinar matahari.pada produk2 tabir surya kandungan vitamin E berfungsi sebagai penghalang dari efek2 luar yang menyebabkan kekeringan pada kulit.
 
Pencegahan penyakit
 
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
 
la juga boleh bertindak menyekat pengoksidaan pada sel-sel yang berlemak.
Sama dengan Beta Karoten (vitamin A), vitamin E dapat bertindak melindungi koles¬terol LDL daripada dioksidasi sehingga men¬cegah berlakunya penimbunan plak pada dinding arteri Selain itu, vitamin E dapat meningkatkan paras kolesterol HDL dalam darah, mencegah pelekatan platelet dan boleh merangsang pengeluaran prostacylin.
Vitamin E dan selenium berfungsi secara sinergi di dalam tubuh sehingga selenium harus diambil bersama. Disyorkan pengambilan vitamin E sebanyak 500 hingga 1000mg sehari.
 
Baik untuk lelaki

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
 
 
Sumber Vitamin E
 
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.
 
Kekurangan Vitamin E
  • Mudah radang dan odema ( pengumpulan air dalam tisu) pada bayi.
  • Penuaan kulit sebelum masa.
  • Rambut gugur
  • Anemia.
Nak cuba Vitamin E Shaklee? Sila Hubungi saya 019-4312312

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...