Ads 468x60px

7/29/2012

Siapa perlukan Vitamin C????





Vitamin C mudah didapati dalam kebanyakan buah dan sayuran. Malangnya kebanyakan kita agak keberatan nak makan sayur dan buah. Kalau makan sayur pun mungkin telah musnah vitamin C akibat dimasak terlalu lama atau buah yang kita makan tadi telah terdedah kepada persekitaran beberapa jam sebelum dimakan.


Tanda kekurangan

Jika anda kekurangan vitamin C, biasanya akan nampak simptom seperti berikut:

•rambut kering

•gusi mudah berdarah

•mudah lebam

•mudah penat

•mudah stress

•kurang selera makan

•kulit kering, kasar, bersisik, tak gebu, kusam

•luka lambat pulih

Siapa perlukan?
Anda sangat-sangat memerlukan vitamin C jika anda:

•merokok - asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang

•hidup di kalangan perokok - kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C

•pesakit kencing manis - perlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat

•mengalami allergi atau asthma

•demam atau selsema - sistem imunisasi badan perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria

•menjalani pembedahan - untuk cepat baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman

•mengalami 'stress' fizikal atau mental - vitamin C termusnah akibat 'stress'

•warga tua - terutama jika anda juga amalkan ubat-ubatan lain

•mengandung atau menyusukan anak - vitamin C banyak disalurkan kepada anak

•mengambil pil perancang, antibiotik - ubatan ini boleh memusnahkan vitamin C

•mengambil alkohol - alkohol memusnahkan vitamin C

Kesimpulannya kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

 Apa perbezaan Shaklee Sustained Release Vitamin C dengan Vitamin C yang lain di pasaran?



Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C

~ Kandungan Vitamin C yang tinggi.  


~ Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

~ Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

Bagaimana Vitamin C berfungsi untuk tubuh badan kita?


Vitamin C perlu untuk membina antibodi, untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat, penyerapan zat besi dan pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik dan sihat, tisu-tisu dan otot2. Vitamin C juga membantu mengekalkan saluran darah yang sihat dan ianya penting untuk kesihatan tubuh badan kita.

Apakah PANDUAN MEMILIH Vitamin C?

Menurut Dr Bruce Miller, panduan untuk memilih Vitamin C adalah seperti berikut:

~ pilihlah Vitamin C yang memberikan 500mg per tablet.

~ Ianya adalah sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa

~ Mengandungi "bioflavinoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap 500mg Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "biofalvinoids".

~ Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tubuh
Oleh itu ambillah vitamin C untuk kesihatan, tingkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk kecantikan

Ingat : vitamin C untuk CANTIK!

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...