Ads 468x60px

6/18/2012

Kenapa rambut lebih banyak gugur lepas bersalin??

Kenapa rambut lebih banyak gugur lepas bersalin??

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.*

Rambut gugur selepas bersalin adalah antara dilema yang dihadapi oleh para ibu. Kata orang tua, bila bayi dah mula menyembur, rambut pun mula gugur. Ada juga yang mengaitkan keguguran rambut selepas bersalin dengan penyusuan ibu. Benarkah?





Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan. Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.


Cuma, masalah keguguran rambut ibu-ibu lepas bersalin kebiasaannya disebabkan oleh faktor:

1. Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.

2. Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.

3. Kurang vitamin seperti zinc dan protein.

Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.

Tips atasi masalah rambut gugur selepas bersalin.
1. Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik dan gunakan perapi dari sumber yang sama (di Shaklee ada Set Pro Sante). 
2. Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.
3. Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein yg bagus utk kesihatan rambut.


4. Minum air secukupnya.
5. Tidur dan rehat yg cukup dan jauhi stress

Sepatunya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh  jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...