Ads 468x60px

8/11/2012

Kenapa Vitamin C penting untuk semua?








Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

KEPENTINGAN VITAMIN C

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet

SUMBER VITAMIN C

Vitamin C ini sebenarnya tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita walaupun badan sangat perlukannya. Hanya melalui makanan kita dapat bekalkan vitamin C yang diperlukan oleh sel. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Di antara makanan yang kaya dengan vitamin C:
Oren

Kiwi

Strawberi

Brokoli

Kentang

Keledek

Lada benggala

Tomato

Mangga

Betik

... dan banyak lagi....

FUNGSI VITAMIN C DALAM TUBUH MANUSIA

Paling biasa dengar, vitamin C ni kena makan bila kena selsema. Jangan salah faham, vitamin C ni bukan ubat ye. Sebenarnya ia satu unsur yang badan perlukan untuk berfungsi secara normal. Antara fungsi vitamin C sebenarnya :

membina sel baru

membaiki sel rosak

meningkatkan sistem imun tubuh

antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas

mencegah penyakit Skurvi

penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan

meningkatkan penyerapan zat besi (iron) dalam tubuh

membantu pembentukan collagen

membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.


SIAPA YANG PATUT AMALKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN C?

Sebenarnya semua orang perlukan vitamin C. Tapi bagi sesetengah individu, keperluan vitamin C adalah sangat tinggi seperti :

perokok aktif/ pasif

ibu mengandung /menyusu / lepas bersalin

dalam proses penyembuhan penyakit/ selepas pembedahan

kanak-kanak

orang yang mudah demam dan selsema

orang yang mudah stress dan moody

pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi

mereka yang mempunyai masalah anemia

mereka nak kulit gebu, anjal dan awet muda
penting untuk kesihatan seksual (baca fungsi vitamin C terhadap fungsi seksual di sini)


KENAPA PERLU SUPLEMEN VITAMIN C?

ia mudah rosak akibat aktiviti pemprosesan, memasak, penyimpanan dan lain-lain lagi. Stress pun boleh rosakkan vitamin c dalam badan kita

sel badan kita rosak dan diperbaharui setiap hari

vitamin C dari sumber semulajadi mungkin telah tercemar atau kurang nutrien akibat tanah yang kurang subur

pengambilan makanan harian tidak dapat menampung keperluan tubuh


CARA PILIH SUPLEMEN VITAMIN C?

Amaun vitamin C adalah cukup memenuhi keperluan harian dan tidak lebih dari dos selamat. Ini kerana, ia akan digunakan setakat mana diperlukan badan pada masa tu dan selebihnya akan larut air dan keluar melalui urin dan peluh.

Bersifat 'Pelepasan Masa' (Sustainable Release) sebab jenis ini lebih mudah diserap tubuh.

Mengandungi Bioflavonoid yang seimbang dengan kandungan vitamin. Tugas bioflavonoid ni untuk elak vitamin c teroksida & badan dapat serap lebih baik

Sumber dari bahan semulajadi (bukan sintetik) sebab sistem badan lebih mngenali bentuk semulajadi berbanding sintetik

Ada ujian klinikal - tak semua suplemen telah diuji dan terbukti berkesan secara klinikal!


VITAMIN PILIHAN SAYA :

Sudah tentulah SHAKLEE! Sebab ia berbeza dengan jenama lain di pasaran... Nanti saya akan kongsi keistimewaan Vitamin C Shaklee.. Nak tahu lanjut, hubungi saya..



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...