Ads 468x60px

6/19/2012

Apa itu kanser dan cara pencegahannya

APAKAH KANSER?
Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benigna(bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser)

CANCER!!!



Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya BOLEH DICEGAH setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam.

Pakar Kesihatan dari Institut Penyelidikan kanser Amerika Syarikat (AICR) dan Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) percaya bahawa membuat sedikit perubahan mudah bagi gaya hidup seharian boleh mencegah kira-kira 40 peratus kanser payu dara di Britain dan Amerika Syarikat. Begitu juga bagi beribu-ribu kes kanser usus, perut dan prostat.

"Sungguh menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain," kata MArtin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.

Menurut Wiseman, di China saja sebanyak 620,000 kes kanser atau 27 peratus boleh dicegah, manakala di AS sebanyak 35peratus atau 340,000 kes dan di Britain sebanyak 37 peratus. Gaya hidup yang sihat juga dapat mencegah 61,000 kes kanser di Brazil dan 79,000 kes di Britain. Penemuan WCRF tersebut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menyarankan bahawa kerap bersenam boleh menghalang banyak penyakit seperti kanser, sakit jantung dan diabetes.

Kanser merupakan punca kematian utama di seluruh dunia dan insidennya terus meningkat.

Setiap tahun kira-kira 12.7 juta orang didapati menghidap kanser dan 7.6 juta orang mati disebabkan penyakit yang berbentuk kanser. Terdapat kira-kira 200 jenis kanser yang diketahui.

Mengikut Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), kanser akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada 2008 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, WHO yang beribu pejabat di Geneva menyebut, kadar aktiviti fizikal yang rendah menjadi punca utama kepada anggaran 21 hingga 25 peratus kes kanser payu dara dan usus, 27 peratus bagi kes diabetes dan 30 peratus kes penyakit jantung di seluruh dunia.

Timbalan Ketua Bahagian Sains WCRF, Rachel Thompson, berkata walaupun mesejnya mudah - iaitu jangan merokok, makan makanan yang baik dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu mengelak kebanyakan jenis kanser - namun ia sukar untuk difahami oleh orang ramai.

"Kita sudah cuba sebaik mungkin untuk sampaikan mesej tentang ini yang anda perlu makan dan jumlah ini yang sepatutnya anda lakukan senaman, tetapi masih sukar untuk difahami".

WHO turut menyebut bahawa individu dewasa sepatutnya melakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 150minit seminggu. Ini boleh dilakukan hanya dengan berjalan kaki selama 30minit lima kali seminggu atau berbasikal ke tempat kerja setiap hari.

Dalam pada itu Ketua Yayasan Paru-Paru Sedunia, Peter Baldini juga menyeru semua kerajaan di seluruh dunia memperkenalkan undang-undang bebas rokok dan menaikkan harga rokok. Ini kerana rokok telah membunuh berjuta-juta perokok setiap tahun dan kanser paru-paru berkaitan dengan tabiat merokok juga telah membunuh beribu-ribu orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok. Memang tidak ada peluru ajaib yang dapat menyembuhkan semua bentuk kanser, tetapi kita ada peluang dan obligasi untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada apa juga bentuk kanser dalam apa juga cara," kata Baldini.


Sumber daripada UTUSAN MALAYSIA - 8 Februari 2011


**********************

VITAMIN ACE & VIVIX SEBAGAI ANTIOKSIDAN

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..

PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..


BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan KANSER

hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.


Carotomax ~ ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Vitamin C Shaklee ~ bersifat sustained release iaitu pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan

Vita-E complex ~ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

p/s – pengambilan vitamin A dan vitamin E tidak mengganggu penyusuan susu ibu walaupun ia bersifat larut lemak. Ini kerana Vitamin A shaklee hanya akan ditukarkan jadi vit A apabila diperlukan. Vitamin Shaklee bersumber dari bahan asli, jadi ia tidak merbahaya.


Revolusi Terbaru dari Shaklee


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Setanding dengan harganya yang mahal, ia InsyaAllah boleh membantu mereka2 yg ada penyakit kritikal spt pesakit SLE, Kanser, dll.. malah orang biasa yg ingin menjaga kesihatan juga boleh mengambil VIVIX ni.. semua orang boleh ambil VIVIX kecuali kanak-kanak, wanita hamil dan wanita yang sedang menyusu bayi


mencegah itu lebih baik daripada mengubati

sumber: http://www.yourfabulousmama.com

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...