Ads 468x60px

10/04/2012

Kesan Panadol (paracetamol) Kepada Kanak Kanak

 
ibu bapa, harap ambil perhatian kepada perkara ini. Panadol merupakan ubat yang boleh dibeli di kaunter ubat tanpa preskripsi daripada doktor. Oleh sebab itu, ada segelintir ibu bapa yang sering memberi anak anak mereka Panadol ini sewaktu sakit secara kerap.

Masalah Panadol ialah, ubat ini menghasilkan radikal aktif yang dapat merosakkan hati (liver). Dalam individu dewasa yang sihat, hati mempunyai keupayaan yang besar dalam menyingkirkan bahan radikal ini melalui saluran hempedu (melalui mekanisma konjugasi dengan glucorinide). Walaubagaimanapun, kanak kanak mempunyai kurang kebolehan menyingkirkan radikal ini menyebabkan pengumpulan radikal ini di hati. Kanak kanak yang amat terjejas ialah yang berumur di bawah 2 tahun kerana hati masih dalam proses pembinaan sistem perkumuhan di hati.

Sekiranya bahan radikal ini berkumpul dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan kerosakan hati yang amat serius dan seterusnya menyebabkan hati tidak dapat berfungsi. hati yang tidak dapat berfungsi dapat membawa kemudaratan kepada kanak kanak tersebut sehingga boleh membawa kematian (dalam kes akut).

Disarankan agar ibu bapa memberikan anak anak mereka Panadol dalam dos yang kecil (setengah biji) atau panadol kanak kanak (Panadol for children) untuk mengurangkan kepanasan dan sakit kepala anak mereka. Panadol masih lagi digunakan dalam kanak kanak kerana alternatifnya (aspirin) tidak sama sekali boleh digunakan kepada kanak kanak. Aspirin dilarang penggunaannya kepada kanak kanak kerana ia boleh menyebabkan pendarahan otak (brain hemorrhage) kerana salur darah kanak kanak adalah lembut dan mudah dirosakkan oleh darah yang cair (dicairkan oleh aspirin apabila faktor penggumpal darah thromboxane A2 direncat).

Walaupun panadol boleh didapati di kedai kedai, ibu bapa harus prihatin dengan bertanyakan doktor agar dos yang sesuai dapat diberikan kepada anak anak untuk memastikan masalah kerosakan hati dapat dielakkan.

CEGAH SEBELUM PARAH.... berikan anak anda peluang untuk hidup dengan lebih baik dengan mengekalkan kesihatan mereka dengan cara yang terbaik.......
 

Meal Shakes
-Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
-Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
- Rendak lemak dan rendah glisemik
-Sumber protein dan kalsium

-Mengandungi fiber untuk tangani sembilit anak2

-Sesuai untuk anak2 yg obes juga
-Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

OmegaGuard
-Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
- Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.


  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Utk sistem imun badan, membaik pulih sel, sistem pencernaan,mengawal suhu badan.
Chewable Vita-C @ 100mg
-Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Vita-Lea® for Children Chewable
-Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
-Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
-Baik untuk kesihatan
-Sumber harian tambahan bagi vitamin


Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/03/kesan-panadol-paracetamol-kepada-kanak.html#ixzz28Fke6s6C

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...