Ads 468x60px

6/19/2012

Masalah kebas


Selalukah anda merasa kebas tangan? Jika anda merasa kebas tangan dan ia berlaku berulang-ulang, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena atau mungkin ada berlaku kerosakan atau penyakit pada saraf di jari, pergelangan tangan, tangan, lengan atau leher. Kerosakan saraf di tangan mungkin disebabkan oleh kecederaan semasa menjalankan aktiviti yang lasak seperti menaip, menggunakan tetikus komputer, atau mengendalikan mesin/kejenteraan yang bergetar kuat. Oleh itu, eloklah dapatkan diagnosis yang betul daripada doktor supaya punca sebenarnya dapat diketahui.
Pembengakakkan di sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
Tangan kebas juga merupakan salah satu daripada tanda awal serangan strok/angin ahmar….. jadi, kebas tangan ini jangan dipandang enteng sahaja

Faktor-faktor yang menyebabkan masalah kebas tangan ( numbness)

(1) Antara punca utama adalah kerana kekurangan nutrisi. Apabila badan kekurangan nutrisi penting daripada pemakanan, ianya akan melemahkan sistem sarag seterusnya kita akan mula berasa kebas tangan serta sesemut.

(2) KEBAS menjadi penanda aras yang kita kekurangan vitamin B12. Paras mineral seperti KALSIUM, POTASSIUM dan POTASSIUM yang rendah juga menyebabkan kehilangan deria rasa di kawasan hujung kaki.

(3) Gangguan yang dikenali sebagai carpal tunnel syndrome juga menjadi punca kehilangan deria rasa pada tangan dan jari. Aktiviti yang berulang-ulang seperti menaip menjadi punca tangan kebas dan akan bertambah teruk jika tidak dirawat dengan segera.

(4) Jika anda mengalami kebas tangan ketika tidur ataupun ketika duduk, besar kemungkinan ianya berpunca daripada pengaliran darah yang tidak teratur sehingga boleh menyebabkan kehilangan deria rasa. Ini mungkin berpunca daripada pengumpulan plak yang bermula daripada masalah atherosclerosis dalam tangan.

Sila klik SINI untuk lebih banyak info berkaitan masalah kebas tangan

Tips untuk melegakan rasa kebas atau sesemut
Rasa kebas atau sesemut ini boleh berlarutan dalam jangka panjang atau sebentar sahaja. Walauapa pun, anda dinasihati untuk mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.

(1) Anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.

(2) Cara yang paling mudah dan berkesan adalah balut tangan dengan tuala yang direndam dalam air panas. Pastikan anda mencubanya kerana kesannya sangat hebat.

(3) Doktor mungkin akan preskrip ubat penahan sakit atau anti-inflammatory drug untuk rasa sakit dan masalah keradangan saraf. Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplement yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu.

(4) Senaman mudah untuk melegakan rasa kebas : Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.

Cadangan Supplement untuk masalah kebas tangan**
Sekiranya rasa kebas anda berlarutan dalam janga masa yang panjang, jangan berlengah dan segera berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan lanjutan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...