Ads 468x60px

6/09/2012


Kebelakangan ni Mummy selalu sangat sakit kepala... sakit macam nak meletup je kepala ni. Badan rasa sengal-sengal, malas, penat. Malam tidur tak nyenyak. So, Jumaat yang lepas Mummy menggagahkan diri jumpa doktor. Kesimpulan yang Mummy dapat, ia adalah salah satu simptom migrain. Doktor menyarankan jaga pemakanan. 

Antara makanan penyebab MIGRAIN:

1.  Buah-buahan seperti pisang, limau & avocado --> Pisang tu salah satu feveret Mummy.hu hu hu
2. Coklat dan semua makanan yang diperbuat dari coklat --> Rasanya sekali sekala boleh kot makan coklat.he he he... *degil*
3. Minuman yang mengandungi KAFEIN contoh adalah kopi --> InsyaAllah akan dikurangkan pengambilan kopi ni.
4. Keju dan semua makanan yang diperbuat dari keju --> NO KOMEN LAH
5. Buah zaitun & minyak zaitun --> Sebenarnya bagus diguna dalam masakan sebab less kolestrol.
6. Yis seperti dalam roti segar & tapai --> Pun feveret jugak nih... haishh!!
7. Daging yang telah diproses seperti hotdog @ sosej --> Mummy suka makan ni masa tengah bermalas-malasan di rumah. huh!
8. Ais krim --> Kalo craving sangat, baru Mummy makan. So takde masalah la...
9. Monosodium Glutamate yang digunakan dalam penyedap makanan --> Alhamdulillah tak pernah guna dalam masakan tapi kalo makan kedai, konpem ada kan.
10. Makanan yang berlemak
11. Sup yang ditinkan. --> erkk!!
12. Pemanis tiruan Aspartame.
13. Minuman beralkohol terutama wain merah -->hu hu hu...ni memang TAK PERNAH cuba.


90% senarai kat atas tu adalah feveret Mummy. Kena gagahkan diri gak untuk mengelakkan @ mengurangkan makanan penyebab kat atas tuh.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...