Ads 468x60px

7/17/2012

Tips untuk ibu menyusu di bulan Ramadhan






Tinggal beberapa hari jer lagi kita bakal menyambut bulan Ramadhan.. apakah persediaan anda?? Apa-apa pun jangan stress yer... Semoga sedikit panduan dari ~ DuniaSusuIbu ~ ini memberikan anda sinar serta semangat untuk melakukan yang terbaik buat Ramadhan kali ini.

Happy Breastfeeding semua...

... semoga segala urusan ibu-ibu yang menyusukan anak-anak dipermudahkan selalu...

•1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah. YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.

•2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

•3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda:

“Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”

•4. Fokus pada KUALITI, bukan KUANTITI.

•5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.

•6. Makan banyak kurma.

•7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.

•8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.

•9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

•10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.

•11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.

•12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.

•13. Pam susu sebelum sahur.

•14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).

•15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.

•16. Ambil milk booster jika perlu.

•17. Elakkan terlalu penat.

•18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria

•19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.


Kelonggaran meninggalkan puasa bagi wanita menyusukan anak

•Daripada Anas bin Malik Al-Ka’bi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa”.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut berlaku kemudaratan pada dirinya disebabkan puasanya itu, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya sahaja.

•Sekiranya ibu berbuka puasa kerana takut susunya akan berkurangan dan membahayakan anaknya, maka wajib bagi ibu untuk qadha’ puasanya dan dikenakan fidyah iaitu bersedekah satu cupak dari makanan asasi bagi hari yang dia berbuka.

•Firman Allah:

“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.” [Al-Baqarah : 184]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...