Ads 468x60px

7/27/2012

Atopic Eczema



Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadan ini disebabkan oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.


Penyebab

Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?

Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan
Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.

Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?

1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit

2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia

3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru

4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda

5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang

6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat

7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari

8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama

9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir



Saranan saya untuk ibu-ibu di luar sana jangan sesekali terus terpengaruh dengan suplemen untuk kegunaan luaran kerana setiap orang keadaan berbeza-beza. Saya sarankan ibu-ibu untuk rujuk semula kepada Doktor jika ingin mencuba bahan pencuci atau losyen. Herbal blend dan Basic H tidak sesuai untuk masalah eczema sebegini kerana ia akan mengeringkan kulit. Pengedar yang baik tidak akan pentingkan sale semata-mata. Sebaiknya sebelum nak merawat masalah luaran, saya suggest ibu-ibu rawat dari dalaman dahulu. Untuk kanak-kanak setahun ke atas, ibu boleh mencuba Meal Shakes dan Omega Guard untuk merawat eczema.

Meal shake juga mampu mengurangkan masalah eczema dengan membantu baikpulih sel sel dalam badan agar sihat dan sempurna. penghidap eczema lazimnya mengalami pertumbuhan sel2 yang abnormal. justeru dengan pengambilan meal shake secara konsisten dapat mengurangkan malah ada yang sembuh sepenuhnya...

Omega Guard yang kaya dengan Omega 3. Omega Guard ini sebenarnya mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Sebab itu ramai di antara kita yang amalkan Omega untuk masalah eczema yang serius dann tidak terkecuali juga untuk masalah kegatalan seperti saya juga.


Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...