Ads 468x60px

7/17/2012

Susu Ibu Elak Generasi Obes





Tertarik dengan sebuah artikel kesihatan di akhbar Utusan Online hari ini yang bertajuk Susu Ibu Elak Generasi Obes. Kebelakangan ini saya ada melawat beberapa orang rakan yang beru sahaja menimang cahaya. Namun saya agak sedikit terkilan kepada mereka yang terlalu cepat memberikan bayi mereka minum susu formula. Padahal bayi mereka baru sahaja lahir beberapa hari dan sangat memerlukan kebaikan yang terkandung dalam susu ibu itu.

Antara alasan yang sering diberikan untuk memberikan susu formula kepada bayi:

Air susu dah tak keluar

Bayi nampak macam lapar, takut bayi tak kenyang

Tak pandai nak susukan bayi kerana anak pertama

Tak bertenaga kerana baru lepas menjalani pembedahan Caesarian.

Bayi tak pandai menyusu badan

Alasan-alasan di atas memang logik namun sekiranya kita mengetahui perkara yang sebenar pasti kita tidak akan memberikan susu formula kepada bayi kita terutama yang baru lahir.

Beberapa fakta di bawah mungkin perlu kita pertimbangkan sebelum memberikan bayi kita susu formula.

Dalam kajian yang diketuai oleh Profesor Dr Berthold V. Koletzko pada tahun 2009 bayi yang diberi susu formula cenderung mengalami berat badan berlebihan selain obes apabila meningkat dewasa.

Bayi diberikan susu formula lebih pendek umur berikutan pelbagai penyakit yang dihidapi.

Terdapat kaitan antara kenaikan berat badan pada bayi dan obesiti serta peningkatan dalam serangan penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di kalangan dewasa.

Kajiannya juga mendapati bayi yang diberikan susu ibu antara enam hingga dua tahun lebih sihat walaupun berat badan lambat bertambah.

Susu ibu mengandungi Asid Arakidonik(AA) dan Asid Dokosaheksaenoin (DHA) dalam kuantiti dan nisbah yang tepat sehingga membantu pembentukan sel otak dan mata yang sihat.

Hakikatnya air susu ibu yang ada pada si ibu sebenarnya mencukupi untuk bayi dan penghasilan susu ibu akan disesuaikan dengan keperluan bayi. Tidak perlu risau susu tidak cukup. Sebenarnya teknik penyususan yang mungkin tidak tepat sehingga susu tidak dapat keluar dengan baik dan menyebabkan bayi lapar. Walaupun baru lepas menjalani pembedahan , seorang ibu perlu memiliki semangat yag kuat untuk menyusukan bayinya kerana seorang bayi berhak mendapat yang terbaik walau apa pun keadaan si ibu itu. Bersama kita beri yang terbaik untuk anak-anak kita dengan memberikan makanan awal terbaik untuk mereka iaitu air susu ibu.
Sumber rujukan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0422&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...