Untuk memiliki kulit wajah yang bersih dan sihat tidak semestinya anda perlu melakukan regim penjagaan yang ketat seperti turutan pemakaian pelbagai krim yang mengambil banyak masa atau membeli produk2 kecantikan baru yang mahal harganya. Itu semua sia2 jika anda mengabaikan beberapa langkah asas dalam rutin penjagaan wajah setiap hari ini.
1. Wajib ada 3 item ini: pembersih wajah, krim siang perlindungan UV, krim malam antioksidan
- Memandangkan negara kita cuacanya panas sepanjang hari, krim pelembab dengan SPF 30 dan ke atas adalah pilihan terbaik bagi mengelakkan kekeringan serta melindunginya dari menjadi gelap dan kusam. Begitu juga dengan krim malam, serum atau gel yang digunakan seeloknya mengandungi banyak vit-C, vit-E atau kaya antioksidan agar dapat merawat, memperbaiki kesihatan kulit juga mencegah penuaan pra-matang.
2. Bersihkan wajah sebelum tidur
- Tidur dengan sisa mekap, akan menimbunkan lagi sel2 kulit mati, pori2 kulit yang tersumbat dengan kotoran/sebum minyak tentu menggalakkan pembiakan bakteria jerawat. Pertumbuhan sel2 kulit baru terjejas kerana kulit sukar bernafas. Anda akan bangkit dengan wajah lesu, tidak bermaya dan tanda2 penuaan muncul dengan lebih cepat.
3. Jadikan kebersihan sebagai amalan
- Jika sentiasa berbual dengan melekapkan gagang telefon pada wajah, bersihkan gagang dengan tisu/tuala yang dilembabkan dengan cecair membasmi kuman seperti dettol. Bagi pengguna telefon bimbit, berhubunglah dengan bantuan earphone. Begitu juga ketika menikmati hidangan yang berlemak/berminyak seperti pizza, kentang goreng atau burger dengan tangan, elakkan jemari anda dari menyentuh wajah. Tukar/salin sarung bantal setiap minggu kerana bantal adalah teman tidur anda sepanjang malam. Jika ia tidak bersih, banyak kuman yang melekat di pipi anda sewaktu lena dan itu antara penyebab wajah tambah bermasalah.
4. Pilih produk yang sesuai dengan keperluan kulit
-Perhatikan perubahan kulit anda. Penigkatan usia dan persekitaran yang berubah tentunya memerlukan penjagaan yang berbeza. Contohnya, bekerja dalam suasana hawa dingin buat kulit menjadi kering dan anda perlukan pelembab yang lebih Vit-E, wajah berjerawat tentu nya memerlukan krim rawatan yang sesuai. Penjagaan untuk kulit matang tentulah berbeza dengan yang anda gunakan ketika remaja dahulu. \
Tapi bagi saya....... saya ambil supplimen shaklee iaitu vitamin-vitamin hebat untuk mendapatkan kulit cantik iaitu B Complex, Vitamin C dan Vitamin E.
B Complex: B for Beauty. Riboflovin juga dikenali sebagai B2 membantu mendapatkan kulit yang berseri dan rambut yang sihat.
Vitamin C: Anti oksida yang baik yang melindungi sel. Vitamin C adalah asas penting dalam penghasilan kolegen. Vitamin C membantu dalam proses pemulihan kulit terutama apabila tercedera.
Vitamin E : Anti oksida yang baik dan sangat powerful dalam penjagaan kulit. Mampu mencerahkan parut dan memulihkan luka. Melembabkan kulit juga mengurangkan kedutan.
anda nak cuba.....
7/21/2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment