Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit.
Bagaimanapun, sembelit dikatakan terjadi sekiranya anda ke tandas kurang dari tiga kali seminggu. Sembelit bukanlah satu penyakit, tetapi ianya ialah satu tanda penyakit (simptom). Orang yang sembelit jugak selalunya berasa sakit perut dan mengalami angin (sendawa dan kentut). Perempuan, budak kecil dan orang tua (melebihi 65 tahun) lebih kerap mengalami sembelit.
Makanan yang kita makan, selepas melepasi tahap pencernaan di perut, akan melalui pula laluan usus. Makanan-makanan ini sekali lagi akan melalui proses peristalsis, di mana otot usus akan berkontraksi (kembang kucup secara berritma) untuk menggerakkan makanan ini dari satu titik ke titik yang lain. Sepanjang melalui usus, semua nutrien yang terkandung dalam makanan ini akan diserap ke dalam darah, seterusnya digunakan untuk metabolisma tenaga atau fungsi fisio tubuh badan yang lain, sebelum takdirnya yang terakhir iaitu keluar dari lubang punggung sebagai lawas. Kebiasaannya, lawas manusia akan terdiri (komposisi) dari air, sumber serat yang tak tercerna, lemak-lemak yang tak tercerna, dan jutaan bakteria terutamanya dari jenis E. coli (itu pasal tahi berbau busuk, bakteria dan toksinnya itu berbau busuk). Boleh baca lagi maklumat berkenaan tahi di sini.
proses peristalsis
Untuk melancarkan proses peristalsis ini, gerakan lawas perlulah cukup besar untuk membantu merangsang kontraksi usus, disamping lawas juga perlulah lembut supaya mudah ‘bergerak’ di dalam usus.Punca-punca umum sembelit meliputi:
1.Kurang pengambilan air
2.Kurang pengambilan serat
3.Kurang aktif
4.Stres
5.Malas nak ke tandas
6.Pandang remeh apabila terasa pola untuk 'membuang' itu semakin mengurang
7.Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan persekitaran (pergi bercuti).
Cara mudah untuk mengatasi sembelit:
1.Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).
2.Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bagi aku, bab minum-minum air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.
3.Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
4.Jangan malas nak ke tandas!
Dapatkan nasihat perubatan yang selanjutnya sekiranya sembelit anda adalah pada peringkat yang lebih parah (sakit perut, muntah-muntah, dan lawas mengandungi lendir/darah
Suplimen yang membantu mengatasi sembelit
HERB-LAX daripada Shaklee hari ini. Harganya sangat berpatutan dan yang penting ianya semulajadi dan bertindak lembut yang menbantu proses semulajadi badan dalam mengekalkan fungsi usus yang sihat.
Kebaikan HERB LAX membantu untuk membuang stored toxin yang ada dalam badan.
Herb Lax dapat :
>>> merangsang pergerakan peristalsis usus
>>> mempercepatkan fungsi otot usus normal bagi mempercepatkan penyingkiran sisa & toksin dari usus besar.
>>> penyahtoksin saluran penghadaman.
Testimoni.
Saya amalkan ambil 4 biji Shaklee Herb-Lax seminggu sekali, untuk kesihatan perut, usus & dalaman. Biasanya hujung minggu, hari Sabtu malam Ahad tue, supaya tak ganggu aktiviti harian. Kadang-kadang 2-3 kali seminggu (ikut kerajinan! hehe).
Lain orang, lain efeknya. Ada orang yang keesokan harinya perut terus bersih. Bagi saya pula, efeknya lambat dan perlahan. Kadang-kadang petang keesokannya, kadang-kadang malam keesokan harinya.
Yang best nya, berbanding dengan ubat “benpi” yang pernah saya cuba dulu, sakit perut tue lebih mild (perlahan), dan boleh di kawal. Takdelah jam-jam tue jugak nak kena cari toilet. Sesuai dengan tag line nya, “encourages mild cleansing action”. Lagi satu, ia adalah vitamin, bukannya ubat. Jadi, saya yakin ia lebih selamat untuk badan kita, berbanding dengan ubat julap lain di pasaran.
Dalam Herb-Lax nie juga ada kandungan Alfalfa tau. Owh ya, jika anda consume Alfalfa pon, sistem penghadaman anda akan makin sihat juga. Sebab itu saya cuma makan Shaklee Herb-Lax seminggu sekali sahaja, sebab hari biasa dah makan alfalfa. Memang berbezalah antara hari ambil alfalfa & hari tak ambil alfalfa. Maksud saya, dari segi keaktifan sistem penghadaman
Lagi fakta tentang Herb-Lax.
Dr Shaklee telah memperkenalkan Herb-Lax pada tahun 1917. Ia direka untuk tindakan pembersihan untuk membantu proses semula jadi badan. Herb-Lax adalah gabungan 9 herba, termasuk daun Senna, yang telah digunakan untuk lebih daripada 3,000 tahun sebagai julap semulajadi.
Herba yang digunakan dalam Herb-Lax tidak berkaitan dengan julap kimia buatan yang dijual di mana2. Produk-produk julap buatan ni biasanya merengsakan tisu dengan cara menarik bendalir ke dalam usus untuk memaksanya mengeluarkan bahan-bahan dalam usus. Julap tiruan seperti ini boleh melemahkan organ-organ dan boleh menyebabkan kebergantungan terhadapnya, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit. Jadi, berhati-hati ya.
Sebaliknya, Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksin. Herb-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan fungsi usus
0 comments:
Post a Comment