Ads 468x60px

10/20/2012

ESP - Pentingnya protein untuk badan kita



Protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Tidak kira sama ada mahu turun atau naikkan berat badan, memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci untuk gaya hidup yang sihat.


Keperluan setiap badan

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah

■Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan

■Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif

■Meningkankan sistem imunisasi badan

Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!

Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?

Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meningkatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawalan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gla dalam badan

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...