Ads 468x60px

5/28/2012

Q&A ~ kenapa saya perlu supplement

Q&A ~ kenapa saya perlu supplement

Q: kejayaan BF anak dan kejayaan menghasilkan susu yg melimpah ruah, susu yang pekat berkrim, susu yang penuh khasiat, itu bukannya bergantung kepada SUPPLIMEN apa yg kita ambil...
1. pemakanan sihat yang seimbang itu adalah jauh lebih baik daripada pengambilan supplimen. please bear in mind that,
2. suppliment in take by bf mommies adalah untuk membantu support tubuh si ibu, BUKANNYA untuk menjanjikan penghasilan susu yg banyak... rezeki seseorg ibu dgn ibu yg lain totally berbeza...
3. even rezeki susu bg anak puan yg no 1, dgn anak2 yg seterusnya juga TIDAK sama... apabila kita dgr atau nampak stok susu org yang byk, itu patut dijadikan sebagai penguat semangat BUKANNYA untuk membuatkan kita tensen, akibatnya susu lg down..
A:
1. Mmg pemakanan sihat yang seimbang jauh lebih baik daripada supplement tapi berapa ramai antara kita yang mampu mengambil makanan seimbang seperti yang disyorkan iaitu – 7 biji oren untuk mendapatkan 500mg vit C dan 5 jenis sayuran berdaun hijau sehari. itu belum masuk lagi cadangan sayuran yang berwarna-warni. Vitamin C mudah termusnah jadi banyak mana vitamin C yang ada dalam lauk pauk yang di masak? Atau mungkin sayuran hijau yang di makan mentah… sedarkah anda racun serangga atau baja kimia yang terserap dalam sayuran / buah2an tersebut?

2. Anda sebenarnya terang2an bersetuju bahawa supplement adalah untuk membantu support badan ibu. Kami telah menyediakan pack yang penting untuk keperluan ibu menyusu terdiri daripada Vit B, C, multivitamin dan alfalfa. Ia tidak terhad untuk ibu menyusukan bahkan bagus untuk para bapa juga. Sila ambil maklum fungsi setiap jenis vitamin satu persatu sebelum member komen tentang supplement

3. Rezeki mmg dah ditentukan oleh Allah… sekurang2nya kita cuba beri yang terbaik untuk anak. Bukankah Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang merubahnya? Sama juga dengan keadaan ini. Jika kita rasa susu mulai kurang salahkah kita berusaha untuk mengambil supplement untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran susu? Apa bezanya saranan anda untuk mengamalkan sup lobak putih berbanding alfalfa sebagai milk booster? Soalannya salah ke mencadangkan cara untuk menambahkan susu selain dari lobak putih?


Q: suplimen ini adalah subjektif, seperti juga milk booster... benda2 tu semuanya apabila boleh berkesan kepada ibu A , X SEMESTINYA sesuai tuk si ibu B...
A: saya juga tidak sesuai dengan lobak putih.salah ke saya ambil alfalfa sebagai milk booster? sebab itu kami memberi maklumat kepada para pengguna tentang keperluan supplement dan jadual memakannya serta panduan lain untuk menambah susu. Apa yang penting ialah kekerapan mengepam dan mengosongkan breast. Minum air lebih 3L sehari dan berdoa supaya Allah terus panjangkan rezeki untuk anak.


Q: seorng ibu dari sebuah negara dunia ketiga kot. ibu itu sendiri pun kurus kering, tinggal kulit ngan tulang shj, tetapi berjaya bf anaknya (anaknya pula sihat n chubby)... jgn kata nak makan suplimen, nak mendapatkan makanan pun sesuatu yg amat sukar bg mereka... end up, ibu tersebut masih dapat menyusukan anak dia... so, dengan bukti yg Allah dah tunjukkan nie, masih lagikah kita nak bergantung kepada suplimen???
A: Kita terlalu jauh kalau nak banding dengan ibu2 dunia ke3. Yang pasti kita tak mau jadi ibu2 dunia ketiga. Kita tidaklah terlalu sengkek untuk mendapatkan makanan yang baik tapi salahkah kalau kita dapatkan supplement untuk maintain kesihatan? Soalan saya… salah kah? Kalau bukan nak menyusu pun salahkah saya memilih pengambilan supplement?





Q: WAJIB bagi memastikan KEJAYAAN dalam breastfeeding... so, ibu2 yg tak berkemampuan nak beli suplimen2 nie (saya salah satu darinya) akan rasa tertekan atau rasa dia tak akan berjaya bf sbb dia x mampu nak beli suplimen2 kasihanlah ibu2 yang tak mampu... mind derang akan di twist kepada sesuatu yg x perlu pun sebenarnya... jgn keghairahan kita mengambil atau menjual supliment ini menyebabkan ada antara ibu2 diluar sana jadikan alasan untuk tidak berjaya dalam breasfeeding....
A: mahal bukan satu issue. Saya percaya semua orang bekerja untuk mendapatkan gaji, untuk disimpan, bayar bil, libur dsb. Oleh kerana LC cadangkan makanan seimbang dan ambil yang natural… nih sebagai andaian untuk sebuah keluarga seorang LC. Berapa perbelanjaan anda untuk mendapatkan makanan seimbang dalam menu seharian? Satu keluarga ada 5 ahli iaitu ibu bapa dan 3 anak. Seorang makan 7 biji oren sehari dan 5 orang memerlukan 35 biji oren sehari. Kita kena maklum Malaysia bukan pengeluar oren. Kebanyakannya diimport. Sah2 kena bahan awet atau baja kimia atau racun perosak. Sebiji oren rm0.80. untuk 35 biji oren sehari harganya rm28. Sila baca entry saya yang menceritakan tentang 7 jenis vitamin yang saya makan setiap satu berharga purata rm14. Dengan harga rm28 untuk membeli 35 biji oren saya sudah dapat 2 jenis vitamin berbanding hanya vitamin c dari buah oren.

Berapa harga sebiji vit C Shaklee yang bersamaan dengan 7 biji oren sehari?

RM74 / 180 = RM0.41 sehari. Untuk 5 orang dalam family anda hanya perlu membayar RM2.05 sehari. Masihkah 7 biji buah oren asli itu lebih murah harganya berbanding vit C dengan khasiat 500mg yang sama?

Q: sedihlah kami ibu2 yg tak mapu nak beli suplimen nie... sbb kami tak dapat makan suplimen nie,
-adakah susu kami tak akan cukup utk baby kami
-adakah susu kami kurang pekat berkrim?
-adakah susu kami kurang berkhasiat?
A: saya juga sedih kerana cakap2 seorang LC sangat membuta tuli tanpa apa2 study.tapi siapalah saya untuk lawan cakap2 LC. Ilmu penyusuan saya sangat2 cetek dan banyak belajar daripada ibu2 di luar sana juga. Cuma saya rasa pelik kerana LC sangat menekankan pemakanan seimbang tapi sejauh mana kemampuan ibu2 yang tak mampu nak mengadakan pemakanan seimbang itu. Sila focus untuk ibu bekerja. Apa menu tengahari anda? Saya percaya rata2 kita makan sekadar kenyang atau ikut selera saja. Ambil satu dua lauk pun dah harga RM5. Itu belum nak kata seimbang lagi. Kalau mampu makan macam2 tengahari saja dah menelan belanja hampir RM10. Paling tinggi saya dikenakan harga RM7 untuk 3 lauk. Cukup ker carta pemakanan seimbang disitu? Sebenarnya nutrient pun dah hangus sebab kena panas masa dimasak. Campur plak lemak2 dan minyak2 sebab saya suka makanan bergoreng. Sudahnya ibu2 jadi gemuk sebab tiada pilihan makanan lain. Tak makan nanti kata tak cukup khasiat dan tidak seimbang pulak… kalau makan, kita yang gemuk… tak makan, susu tak berkhasiat. sudahnya mak yang terlebih2 khasiat... anak biasa2 saja.

Q: 'bkn senang nak senang, bukan susah nak susah'. kalau nak kesenangan, kita kena berusaha utk mendapatkannya bkn? adakah kekayaan akan dtg bergolek ke kaki tanpa usaha? prinsip dlm meningkatkan penghasilan susu ini sgt mudah; perah.. perah.. dan perah..
A: saya pun setuju… perah… perah… dan perah… pun bukan senang nak senang bukan susah nak susah. Sebab itu susah2 beli supplement supaya ibu2 kekal sihat, cergas dan bertenaga. Sebab tu trial pack (yang masih mampu milik) ada vit B yang berfungsi untuk menguraikan stress dan mengawal keletihan ibu2 yang menyusu. Masih lagi belum baca setiap fungsi vitamin dalam pack untuk ibu menyusu? Apa bezanya anda mencadangkan makan lobak putih, minum air mata kucing, makan tauhu/tempe, minum air halba, pil asi… dan saya mencadangkan set untuk ibu menyusu mengandungi alfalfa sebagai milk bosster? Berapa banyak beza harga sebatang lobak putih dengan dua biji alfalfa untuk digunakan sehari? 2 biji alfalfa sehari cuma RM0.16. untuk mendapatkan milk booster yang setanding dengan harga rm0.16 anda boleh apply pada halba rm0.50 sebungkus. Tapi pastikan anda boleh tahan side effect badan berbau dengan penggunaan halba sedangkan fungsi alfalfa ialah mengawal bau badan, bau mulut dan system pencernaan. Pilihan ditangan anda. Boleh pilih untuk beli tudung ariani atau trial pack untuk ibu menyusu dengan harga serendah rm80.

Q: suppliment hanya utk meningkatkan KUALITI susu sama juga seperti makanan. kenapa kita perlu mkn mknn yg berkhasiat? adakah utk meningkatkan penghasilan susu? jwpnnya TIDAK. seorg ibu perlu menjaga kualiti mknn yg dimknnya utk memastikan yg KUALITI susu yg dihasilkan berada pada tahap yg baik. cukup segala jenis vitamin & nutrien utk keperluan anaknya.
A: gaya hidup, kemampuan dan tekanan yang tidak sama antara orang pserseorangan menentukan samada anda perlukan supplement atau tidak. Oleh kerana LC cerita tentang kualiti makanan… sila rujuk huraian saya tentang makan tengahari untuk ibu yang bekerja sebelum ini.

Q: ibu yg kurang nutrisi juga mampu menyusukan anaknya. ibu yg kurus kering kat afrika tu tp anaknya tembam sihat walafiat. so, perlu bukti lagikah? dan saya ingin bertanya puan2, jika ditakdirkan lepas mkn suppliment ini susu anda masih juga kurang, apa lagi usaha yg dapat puan2 lakukan utk meningkatkan semula susu puan2? pergilah tanya mana2 LC. saya pasti jwpn pertama yg dianjurkan ttg isu kekurangan susu ini bknlah 'PERGILAH BELI SUPLIMENT NAMA SEKIAN SEKIAN..'. malah, suppliment adalah jln terakhir yg akan disyorkan utk mengatasi masalah ini setelah semua kaedah yg dicuba x berjaya dilakukan.
A: sila pergi tanya pada LC Farah, LC Yusrina & LC Azrinna kerana mereka percaya dengan supplement. Cakap berbuih mcm mana pun kalau pergi kepada LC yang salah yg mmg tak percaya dengan supplement sampai sudah tak sokong. Yer lah… LC tu sumer banyak duit… cukup gizi seimbang.. nak wat per makan supplement.

Q: MUNGKIN suppliment dapat membantu meningkatkan semula pengeluaran susu. tp bagi saya, mind setting lebih penting. kalau kita set dlm mind yg susu sentiasa ada utk anak kita, insya-Allah. tp setting mind tanpa usaha juga x guna. usaha kena ada & perlu dibuat secara konsisten & bersungguh2. jadual memerah kena patuh. kalau asyik kantoi, mcm mana nak maintain susu anda.

A: saya suka LC raise tentang mindset. Sebenarnya mind set kena positif. Tapi dalam keadaan tertekan… letih dan sebagainya… set Mind pun letih nak fikir positif. Pernahkah anda cuba meyakinkan diri yang susu anda akan banyak untuk sessi mengepam kali ini tetapi hasilnya hampa…? Akhirnya kecewa jugak… stress pun datang… aa… saya syorkan vit B complex. Kalau LC stress dapat soalan supplement boleh try amik vit B complex. Saya juga suka nak ingatkan… kalau belum cuba tak perlu nak kondem. Cuba dan tengok dulu hasilnya… jgn megah sangat gantung sijil LC tu dan rasa ilmu kita cukup dan betul. Sekurang2nya duduklah atas pagar tidak menyebelahi mana2 pihak. berilah saranan yang lebih professional dan masuk akal. Situasi dan tekanan anda tak sama dengan situasi ibu2 yang benar2 tertekan dsb. Saya boleh kata supplement nih untuk orang2 yang susah.. yang kurang mampu untuk mendapatkan gizi seimbang dari pemakanan harian. Kalau rasa full pack untuk ibu menyusu tu mahal kami dah mudahkan untuk amik trial pack dengan harapan cuba dulu baru tahu. Kalau tak sesuai beli sekali tu jerk lah. kalau nak lagi murah, ambil full set dan pakat dengan 4 orang rakan... seorang cuma kuar belanja tak lebih dari rm70 untuk mendapatkan 4 jenis vitamin tersebut.
Q: saya x benci suppliment. cuma ketaksuban memakan suppliment nih boleh menyebabkan org salah anggap ttg breastfeeding. breastfeeding nih patutnya mudah & murah. tp bila ianya dijaja dgn peralatan memerah yg mahal malah perlu pula suppliment utk meningkatkan penghasilan susu, ianya akan menjadi halangan bagi ibu2 yg mula nk berjinak2 dgn breastfeeding nih.
A: sebenarnya dengan supplement lebih jimat. Bukankah saya dah buat pengiraan ringkas sebelum ini? Apa pun.. pilihan ditangan anda. LC dan consumer kena betul2 faham yang sebenarnya supplement ini cuba diatur secara seimbang untuk keperluan ibu yang menyusukan. Bila dilemma badan kita naik, dan dan kita jawab… “ohh.. saya menyusukan bb. Nak susu banyak makan pun kena banyak. Sebab tu badan saya naik.”

Dan saya boleh jawab… “tak kawal makan dan makan tak seimbang mmg laa naik..” apa perasaan anda?


Kesimpulan

Tanpa kita sedari, kesihatan mental dan fizikal seorang ibu, makanan berkhasiat, supplement, teknik mengepam/menyusukan serta kualiti alat mengepam sangat berkait rapat. Tanpa salah satu masih boleh terhasil susuibu tapi tentulah berbeza antara kualiti dan kuantiti. LC dan nutritionis sepatutnya sama2 bergabung dan membantu memberikan panduan terbaik untuk ibu2 yang masih meneruskan perjalanan penyusuannya. Semoga segala nasihat dan panduan akan lebih professional selepas kita sama2 mengetahui dan memahami bahawa teknik, makanan berkhasiat serta supplement saling memerlukan dalam menjayakan misi penyusuan ini.


source:  maipilihdotcom


Hubungi saya melalui SMS di 019 -4312312 atau email ke leyina.management@gmail.com bagi membuat pesanan suplemen Shaklee dan dapatkan konsultasi percuma.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...