Ads 468x60px

Showing posts with label Vivix. Show all posts
Showing posts with label Vivix. Show all posts

9/04/2012

lagi pasal vivik shaklee

 
Apa itu Vivix?
Ia adalah cecair pekat merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat, elderberi eropah, lobak ungu dan polyganum cuspidatum. Tumbuhan2 ini kaya dengan polifenol semulajadi yang tinggi, mengandungi resveratol yang bertindak sebagai anti oksida, anti kanser dan anti radang.

Siapa perlukan Vivix?
Sesuai untuk lelaki & wanita, tua dan muda. Sangat baik untuk awet muda, pemulihan selepas pembedahan dan pencegahan risiko kanser. (Tidak sesuai untuk ibu hamil dan menyusu bayi).

Bagaimana Vivix bertindak?
(1) Ia memperbaiki sel
(2) Ia mempertahankan sel
(3) Ia beri tenaga kepada sel
(4) Ia meningkatkan prestasi sel

Harga sangat menarik bulan ini, jangan lepaskan peluang!


9/01/2012

Promo September - VIVIX

Testimoni seorang kawan yang memberi VIVIX kepada emaknya yang mengalami stroke. Credit to ummu aiman
Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..


Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..



Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif

6/19/2012

Petua Kesihatan Ayu Raudhah - Vivix Shaklee





Anda kenal tak Ayu Raudhah? Kalau tak kenal, beliau berlakon dalam cerita Nur Kasih dengan memegang watak sebagai Aliya. Ayu juga adik kepada Rozita Che Wan. Pelakon ni berkahwin dengan Zaquan Adha, pemain bola sepak kebangsaan. Ayu adalah seorang yang concern tentang kecantikan dan kesihatan.

Ayu Raudhah, dalam salah satu tipsnya, mengambil minuman VIVIX daripada Shaklee sebagai suplemen harian beliau.




Berikut adalah antara tips-tips yang diamalkan oleh Ayu Raudhah sendiri:

Tips kecantikan wajah
- Membersihkan dan menjaga muka dengan kerap
- menyapu ais pada muka untuk merawat kulit bermasalah
- Menjalani rawatan muka dari produk2 yang dipercayai

Tips kesihatan rambut
- menggunakan daun bunga raya

Tips kesihatan tubuh badan
- menjaga pemakanan
- melakukan senaman (bangkit tubi 50 kali sebelum tidur)
- mengamalkan sirap Shaklee (Vivix)


Info:
VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.


Bagi anda yang tidak hamil/menyusukan anak, cubalah Vivix untuk kesihatan optimum. Sesuai untuk warga tua dan mereka yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk pil. Sesuai dijadikan hadiah kepada ibu bapa. Vivix tidak dibenarkan kepada kanak-kanak, wanita hamil, dan ibu yang sedang menyusukan bayi.

sumber: http://www.yourfabulousmama.com

Vivix di Utusan Malaysia dan Majalah Aniqah


@Utusan Malaysia
 



@Majalah Aniqah


SEMUA PENYAKIT ADA PENAWARNYA KECUALI MATI ~ VIVIX SEBAGAI SINAR BARU

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Revolusi Terbaru dari Shaklee


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Setanding dengan harganya yang mahal, ia InsyaAllah boleh membantu mereka2 yg ada penyakit kritikal spt pesakit SLE, Kanser, dll.. malah orang biasa yg ingin menjaga kesihatan juga boleh mengambil VIVIX ni.. semua orang boleh ambil VIVIX kecuali kanak-kanak, wanita hamil dan wanita yang sedang menyusu bayi...haiii...bila la saya nak merasa ambil VIVIX ni...
***************************************
Saya ingin kongsikan pengalaman Iffah sebagai pesakit SLE dengan VIVIX
Hari ini Iffa ingin bercerita tentang satu potion ajaib dari SHAKLEE yang telah Iffa amalkan selama hampir 5 bulan untuk merawat/mengubati masalah SLE/MCTD/RA atau lebih mudah Iffa katakan, sakit autoimmune yang masih menjadi misteri puncanya.. Tentu ramai yang telah tahu tentang masalah kesihatan Iffa ini..mungkin ramai juga yang tidak mengetahuinya kerana jika anda bertemu Iffa secara face to face, pasti anda semua tidak akan percaya, tubuh yang comel dan ceria ini menanggung derita sakit yang tiada penawarnya(itu kata doktor sains).


Sedikit latar belakang tentang Iffa dan sakit iffa:


•Sejak zaman kanak-kanak selalu mengalami sakit dada, muka n kulit pucat - anemia


•1998 - Warded kerana alahan kepada ubat tahan muntah setelah demam yang tak kebah2


•1998 - 2002 : Sepanjang sesi persekolahan di asrama, selalu sakit, anemic yang berpanjangan tetapi masih aktif bersukan, beraktiviti di sekolah.. Collapse in 2000 ketika saat hampir menduduki PMR, mengalami gangguan memory dan focus (Even soalan math yang mudah pun tidak boleh nk buat - sampai Iffa nangis2 dengan En Khalid minta kelas extra - Terima Kasih Cikgu..Jasamu tidakkan kulupakan..)


•2003 - 2007 : Mula mengalami radang sendi, demam panas tiba-tiba and mmg tidak mampu utk bangun n ke kuliah. Disahkan mengidap RA.. menjalani pelbagai rawatan utk RA - modern, homeo, alternatif, syifaa dll... tetapi usaha tidak berjaya...


•Oct 2006 : Collapse sekali lagi, Liver damaged, nerve attack, severe bleeding on skin internal and external due to steven johnson sindrom.. Was critical and warded for 10 days at PUTRA, Malacca.. (According to Doctor, peluang hidup sangat tipis - berserah & tawakal pada Allah..) Alhamdulillah Allah masih berikan Iffa peluang untuk hidup.. berbakti dan berkongsi tentang cara hidup sihat bersama anda semua hingga hari ini.


Ok, cukup setakat itu ttg sakit iffa.. if nak cerita detail, Iffa boleh terbitkan buku ..(^__^). Ramai yang tidak tahu tentang sakit autoimmune, bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mengalaminya barulah ada kesedaran untuk mengetahui ttg sakit ini wujud.. Alhamdulillah di Malaysia, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM) sudah mula giat memberikan kesedaran ttg sakit ini.


Baiklah, jika anda semua ingin tahu.. rawatan yang ada untuk pesakit SLE ini ialah dengan pengambilan steroid.. tinggi atau rendah dosenya bergantung kepada activity cell yang menyerang pesakit.. terdapat juga ubat tambahan yang diberikan .. spt plaquenil utk MCTD dll..(hampir lupa sbb sudah hampir setahun Iffa x ambil ubat-ubat ini - jangan marah ye doctor, ubat-ubat itu terlalu byk kesan sampingan, i'd like to stay healthy but with natural ways).

 
Alhamdulillah, setelah mencari-cari supplement yang boleh membantu Iffa kekal cergas, tidak demam berpanjangan dan dijauhi dari jangkitan penyakit (orang SLE ni senang dpt infection tau)..dan yang penting, Iffa mampu berdiri, berjalan, melakukan kerja-kerja harian tanpa rasa seperti dililit atau berjalan diatas kawat2 duri.. Iffa bertemu Shaklee.. mula-mula makan untuk tambah susu, tapi tergerak hati untuk cuba VIVIX, potion ajaib..kuasa Allah SWT..

****************************************







Saya ingin share satu jadual yang membuat perbandingan antara Vivix, MonaVie, Tahitan Noni dan Xango Juice... cuba anda lihat bagaimana hanya dengan 1 sudu teh(1 serving/day) Vivix mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh (3000-5000 ORAC).
*Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods.





sumber: http://www.yourfabulousmama.com

Apa itu kanser dan cara pencegahannya

APAKAH KANSER?
Kanser merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal yang tidak terkawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakan secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan disebut tumor. Jika tumor ini merebak ke bahagian lain, ia disebut tumor benigna(bukan kanser). Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau merebak melalui saluran darah atau limfa, ia adalah tumor malignan (kanser)

CANCER!!!



Kira-kira satu pertiga daripada semua jenis kanser sebenarnya BOLEH DICEGAH setiap tahun jika orang ramai mengamalkan corak pemakanan yang sihat, tidak mengambil minuman beralkohol dan lebih banyak bersenam.

Pakar Kesihatan dari Institut Penyelidikan kanser Amerika Syarikat (AICR) dan Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) percaya bahawa membuat sedikit perubahan mudah bagi gaya hidup seharian boleh mencegah kira-kira 40 peratus kanser payu dara di Britain dan Amerika Syarikat. Begitu juga bagi beribu-ribu kes kanser usus, perut dan prostat.

"Sungguh menyedihkan apabila melihat tahun 2011 masih ramai orang yang mati akibat kanser yang sepatutnya boleh dicegah melalui diet, mengekalkan berat badan yang sihat, aktiviti fizikal dan faktor-faktor gaya hidup yang lain," kata MArtin Wiseman, Penasihat Perubatan dan Saintifik WCRF.

Menurut Wiseman, di China saja sebanyak 620,000 kes kanser atau 27 peratus boleh dicegah, manakala di AS sebanyak 35peratus atau 340,000 kes dan di Britain sebanyak 37 peratus. Gaya hidup yang sihat juga dapat mencegah 61,000 kes kanser di Brazil dan 79,000 kes di Britain. Penemuan WCRF tersebut disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menyarankan bahawa kerap bersenam boleh menghalang banyak penyakit seperti kanser, sakit jantung dan diabetes.

Kanser merupakan punca kematian utama di seluruh dunia dan insidennya terus meningkat.

Setiap tahun kira-kira 12.7 juta orang didapati menghidap kanser dan 7.6 juta orang mati disebabkan penyakit yang berbentuk kanser. Terdapat kira-kira 200 jenis kanser yang diketahui.

Mengikut Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), kanser akan membunuh lebih daripada 13.2 juta orang setahun menjelang tahun 2030, iaitu hampir dua kali ganda daripada jumlah yang mati pada 2008 dan majoriti kematian adalah di negara-negara yang lebih miskin.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, WHO yang beribu pejabat di Geneva menyebut, kadar aktiviti fizikal yang rendah menjadi punca utama kepada anggaran 21 hingga 25 peratus kes kanser payu dara dan usus, 27 peratus bagi kes diabetes dan 30 peratus kes penyakit jantung di seluruh dunia.

Timbalan Ketua Bahagian Sains WCRF, Rachel Thompson, berkata walaupun mesejnya mudah - iaitu jangan merokok, makan makanan yang baik dan mengekalkan berat badan yang sihat boleh membantu mengelak kebanyakan jenis kanser - namun ia sukar untuk difahami oleh orang ramai.

"Kita sudah cuba sebaik mungkin untuk sampaikan mesej tentang ini yang anda perlu makan dan jumlah ini yang sepatutnya anda lakukan senaman, tetapi masih sukar untuk difahami".

WHO turut menyebut bahawa individu dewasa sepatutnya melakukan senaman sederhana sekurang-kurangnya 150minit seminggu. Ini boleh dilakukan hanya dengan berjalan kaki selama 30minit lima kali seminggu atau berbasikal ke tempat kerja setiap hari.

Dalam pada itu Ketua Yayasan Paru-Paru Sedunia, Peter Baldini juga menyeru semua kerajaan di seluruh dunia memperkenalkan undang-undang bebas rokok dan menaikkan harga rokok. Ini kerana rokok telah membunuh berjuta-juta perokok setiap tahun dan kanser paru-paru berkaitan dengan tabiat merokok juga telah membunuh beribu-ribu orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok. Memang tidak ada peluru ajaib yang dapat menyembuhkan semua bentuk kanser, tetapi kita ada peluang dan obligasi untuk melindungi diri dan orang tersayang daripada apa juga bentuk kanser dalam apa juga cara," kata Baldini.


Sumber daripada UTUSAN MALAYSIA - 8 Februari 2011


**********************

VITAMIN ACE & VIVIX SEBAGAI ANTIOKSIDAN

Radikal bebas (Free radicals) adalah molekul yang tidak stabil akibat kehilangan satu elektron.. Oleh itu, radikal bebas ini cenderung menyerang molekul berhampiran untuk mendapatkan elektron dan menggantikan elektrol yang telah hilang sebelum ini.. Satu radikal bebas mampu memusnahkan berjuta-juta molekul melalui tindakbalas berantai (radical propagation). Kandungan radikal bebas yang berlebihan berbanding antoksidan dalam badan akan mengakibatkan keadaan dipanggil oxidative stress.

Proses pengoksidaan yang tidak terkawal ini akan mengakibatkan kerosakan sel, tisu dan seterusnya otot, penuaan pramatang, kedutan pada kulit, pengerasan dinding arteri, pembentukan katarak, pengerasan sendi, peningkatan kolestrol LDL kanser dan sebagainya..

PUNCA TERJADINYA RADIKAL BEBAS?
Bagaimana terjadinya radikal bebas.. bagaimana ia boleh menyerang sel dalam badan kita? Sebenarnya banyak punca radikal bebas di sekeliling kita dan dari tubuh badan kita sendiri.. Sinaran UV, rokok, asap rokok, radiasi, asap, pencemaran antara punca terjadinya radikal bebas.. di dalam badan kita, radikal bebas terjadi bersama-sama dengan proses metabolisma dan pernafasan..


BAHAYA KE RADIKAL BEBAS?
Pendedahan terhadap radikal bebas akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Sel-sel tubuh yang telah diserang berisiko untuk rosak atau terjadi pertumbuhan abnormal yang seterusnya boleh mangakibatkan KANSER. 

hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh radikal bebas..!

Untuk mencegah radikal bebas menyerang sel kita adalah sukar. Tapi, ini tidak bermakna kita tidak boleh menghalang radikal-radikal bebas ini dari terus merosakkan sel. Berdasarkan contoh di atas, pengambilan antioksidan dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini.


Carotomax ~ ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

Vitamin C Shaklee ~ bersifat sustained release iaitu pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan

Vita-E complex ~ mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.

p/s – pengambilan vitamin A dan vitamin E tidak mengganggu penyusuan susu ibu walaupun ia bersifat larut lemak. Ini kerana Vitamin A shaklee hanya akan ditukarkan jadi vit A apabila diperlukan. Vitamin Shaklee bersumber dari bahan asli, jadi ia tidak merbahaya.


Revolusi Terbaru dari Shaklee


Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Setanding dengan harganya yang mahal, ia InsyaAllah boleh membantu mereka2 yg ada penyakit kritikal spt pesakit SLE, Kanser, dll.. malah orang biasa yg ingin menjaga kesihatan juga boleh mengambil VIVIX ni.. semua orang boleh ambil VIVIX kecuali kanak-kanak, wanita hamil dan wanita yang sedang menyusu bayi


mencegah itu lebih baik daripada mengubati

sumber: http://www.yourfabulousmama.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...