Ads 468x60px

Showing posts with label Meal Shake. Show all posts
Showing posts with label Meal Shake. Show all posts

8/30/2012

Asma dan kaitannya dengan dehidrasi

Ramai yg bertanya – Kenapa anak saya kerap di serang asthma?

Jawapannya kerana cuaca sejuk dan panas membahang.


Ehhh…bukan ke asthma ni bole terjadi sebab sejuk??? Betul…asthma bole terjadi disebabkan cuaca sejuk…tapi ada satu lagi faktor yg juga boleh menyumbang kepada terjadinya asthma iaitu kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi) tambah-tambah pulak sekarang kan cuaca memang panaskan…memang kuranglah minum air.

Sebenarnya asthma bukanlah penyakit asing di Malaysia ni. Ramai kanak-kanak yang dihantar ke klinik bagi mendapatkan rawatan untuk asthma. Ia adalah penyakit kronik yang disebabkan oleh radang pada lapisan dalam saluran pernafasan individu yang menghidap penyakit asthma.

Penyebab asthma ni pelbagai..ada yg disebabkan oleh bahan kimia yang irritants, alahan dan gangguan emosi.perkara-perkara ini menyebabkan salur pernafasan memberikan tindakbalas yang keterlaluan seperti mengeluarkan banyak lendir dan mula mengecut menyebabkan si pesakit asthma sukar bernafas.


Tanda-tanda individu mengalami asthma adalah kedengaran bunyi ketika bernafas (wheezing), batuk berlendir, dada terasa ketat, dan tidak puas menarik nafas.

Apabila badan kekurangan air, kepekatan histamine di dalam darah akan meningkat. Ia akan menyebabkan tubuh memberikan tindakbalas yang kuat pada salur pernafasan walaupun terhadap rangsangan yang ringan. Selain itu, lendiran yang dihasilkan oleh paru-paru akan menjadi lebih pekat. Bagi mengelakkan terjadinya athma, pastikan pengambilan air kosong yg secukupnya..minimum 8 gelas sehari secara berkala.



Cadangan suplemen untuk anak-anak /mereka yang menghidap athma


>> Mealshake

- Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.



>> omegaguard

- Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

- Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.


>> performance drink

- Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.

- Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

- Terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi


Jom dapatkan suplemen-suplemen di atas utk anak/diri tersayang

sumber: http://www.yourfabulousmama.com/



7/27/2012

Atopic Eczema



Atopic Eczema ialah satu keadaan kulit yang kering dan gatal. Keadan ini disebabkan oleh alergi terhadap sesuatu yang dimakan atau dihidu. Biasanya ia kelihatan seperti kulit yang kering dan berwarna kemerahan yang kemudiannya berubah menjadi merah, gatal dan keradangan. Kadang-kala eczema hanya berlaku pada beberapa bahagian badan (seperti leher, siku, buku lali, pinggang dan lain-lain) tetapi di dalam kes yang lebih teruk ia mungkin meliputi seluruh badan.


Penyebab

Ahli keluarga - biasanya ia diwarisi oleh ahli keluarga yang pernah ada namun ia boleh dikawal secara mudah. Kita perlu memahami faktor-faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini contohnya jangkitan, tekanan hidup kerana ia memainkan peranan penting dalam menentukan samada tanda-tanda penyakit tersebut akan menjadi lebih buruk.

Usia berapakah atopic eczema biasanya berlaku?

Biasanya ia berlaku pada bayi atau kanak-kanak kecil dalam lingkungan umur 2 bulan -2 tahun. 75% akan mengalami tanda-tanda pertama dalam umur 6 bulan dan 90% pengidap sudah mengalami tanda-tanda pertama apabila umur 1 tahun. Atopic eczema kini semakin menjadi di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Faktor-faktor yang boleh memburukkan keadaan
Jangkitan - Sejenis bakteria yang biasa dijumpai berpotensi menyebabkan atopic eczema ialah Staphylococcus aureus. Hasil kajian menunjukkan ia berada di permukaan kulit dengan banyak sekali walaupun tiada sebarang kesan jangkitan (bernanah atau meleleh) pada permukaan kulit. Kehadiran bakteria ini menyebabkan sistem imun bereaksi keterlaluan dan seterusnya menambah inflamasi kulit dan berasa sangat gatal. Sekiranya kulit berair atau digaru, lebih banyak bakteria dapat menembusi permukaan kulit dan menjadikan keadaan bertambah teruk. Mujurlah bakteria ini boleh dihapuskan menggunakan antibiotik dengan mudah sekali.

Tekanan - Penyakit ini boleh muncul dalam kehidupan kanak-kanak secara tiba-tiba dalam keadaan tertekan seperti memasuki sekolah, memasuki taska, risau tentang peperiksaan atau apabila ibubapa menghidapi penyakit serius. Kadang-kala tekanan disebabkan kurang nyata, misalnya kanak-kanak mungkin risau tentang ketidakupayaan mengikuti pelajaran disekolah atau dibuli.

Suhu - Rasa panas boleh menambahkan rasa gatal. Elakkan daripada terkena cahaya matahari yang keterlaluan. Begitu juga suhu yang terlalu sejuk boleh menyebabkan rasa gatal dan mengeringkan kulit.

Allergen-allergen lain - Makanan tertentu seperti susu lembu, telur atau ramuan makanan seperti pewarna, pengawet makanan boleh menyebabkan alergi dan memburukkan lagi keadaan pesakit. Hama dan debunga juga merupakan allergen yang biasa ditemui. Setengah pesakit mungkin sensitif terhadap sabun wangi, mandian berbuih atau sisa bahan pencuci pada pakaian dan klorin yang terdapat di dalam kolam renang.

Bagaimana risiko masalah eczema atopic boleh dikurangkan ?

1. Sentiasa pastikan kulit lembap dengan menggunakan emolliet untuk kurangkan rasa kekeringan dan rasa gatal. Basuh tangan anda selalu untukmengelakkan pemindahan bakteria ke atas kulit

2. Pakai sarung tangan semasa membuat kerja rumah untuk mengelakkan diri daripada terkena bahan kimia

3. Jangan menggaru kulit badan atau sekurang-kurangnya pastikan kuku anda pendek untuk mengelakkan kulit dari merekah. Untuk bayi, pemakaian sarung tangan boleh membantu untuk mencegah tabiat menggaru

4. Elakkan diri daripada memendam perasaan. Luahkan masalah anda

5. Galakkan anak anda untuk suarakan perasaan negatifnya atau berbincang

6. Bersenam dan amalkan gaya hidup sihat

7. Jangan dedahkan bayi atau anak-anak anda kepada pancaran matahari. Pakailah pakaian yang dapat melindungi anda daripada sinaran matahari dan gunalah ubat penyekat matahari

8. Vakum rumah anda kerap dan pastikan pengudaraan yang cukup untuk hindari hama

9. Sentiasa bersihkan cadar, karpet dan kain langsir



Saranan saya untuk ibu-ibu di luar sana jangan sesekali terus terpengaruh dengan suplemen untuk kegunaan luaran kerana setiap orang keadaan berbeza-beza. Saya sarankan ibu-ibu untuk rujuk semula kepada Doktor jika ingin mencuba bahan pencuci atau losyen. Herbal blend dan Basic H tidak sesuai untuk masalah eczema sebegini kerana ia akan mengeringkan kulit. Pengedar yang baik tidak akan pentingkan sale semata-mata. Sebaiknya sebelum nak merawat masalah luaran, saya suggest ibu-ibu rawat dari dalaman dahulu. Untuk kanak-kanak setahun ke atas, ibu boleh mencuba Meal Shakes dan Omega Guard untuk merawat eczema.

Meal shake juga mampu mengurangkan masalah eczema dengan membantu baikpulih sel sel dalam badan agar sihat dan sempurna. penghidap eczema lazimnya mengalami pertumbuhan sel2 yang abnormal. justeru dengan pengambilan meal shake secara konsisten dapat mengurangkan malah ada yang sembuh sepenuhnya...

Omega Guard yang kaya dengan Omega 3. Omega Guard ini sebenarnya mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan. Sebab itu ramai di antara kita yang amalkan Omega untuk masalah eczema yang serius dann tidak terkecuali juga untuk masalah kegatalan seperti saya juga.


Produk ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

7/17/2012

ANAK ANDA SEDANG BELAJAR BERPUASA?



Berikan mereka yang terbaik, supaya mereka boleh melengkapkan puasa mereka sehingga waktu berbuka...Anak-anak sering mengadu lapar dan haus kerana tidak tahan dengan perut yang pedih dan badan mereka terhidrat..jadi mereka akan berasa lemah dan tidak berdaya untuk menghabiskan puasa mereka sehingga waktu berbuka...Berikan mereka MEALSHAKES dan PERFORMANCE DRINK sewaktu bersahur..Gabungan terbaik ini akan mem...buatkan anak anda lebih bertenaga dan berasa kenyang lebih lama...

Jom kita tengok fungsi kedua-duanya...




Mealshakes

*********

♥ Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tapi dalam bentuk serbuk.

♥ Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.

♥ Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.

♥ Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

♥ Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.

♥ Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik

♥ Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Performance Drink


****************

♥ Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.

♥ Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.

♥ Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.

♥ Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.

♥ Ia membantu menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.

♥ Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.


6/30/2012

Shaklee Meal Shakes Penawar Bronchitis & Athma Kanak-kanak

Ikuti pengalaman ibu ini, tentang bagaimana Shaklee Meal Shakes membantu mengurangkan bronchitis pada anaknya, seterusnya membantu anaknya kembali aktif dan berselera untuk makan.

Well, yes, finally we met the 'one' product that suits us best. Shaklee it is. Kawan-kawan yang baca blog saya ni tentu tahu anak saya Irfan is suffering of bronchitis problem which eventually will leads to asthma. Dah banyak produk saya cuba tapi most of it tak serasi dengan Irfan. So, saya bagi Irfan try Mealshake. Mula-mula tu Irfan nampak ada selera makan balik. Sebab before this dia memang skinny and saya masak ape pun dia taknak makan. After few days trying, nampak dia active, tak cepat letih dan tidur malam pun taklar sharp kol 8mlm dah. If not tak sempat nak main2 dengan Irfan dah dia nak tidur.

Then, after that, Irfan demam 2 hari, tapi saya tanya Cery sebab ape dia demam after consume Mealshake, Cery kata, body dia tengah create antibodi tu pasal dia demam tapi teruskan bg Mealshake. 2 hari demam plus dengan batuk asthma Irfan, cukup merisaukan saya. Saya teruskan bagi Mealshake, masuk hari ke-3 Irfan dah tak demam and batuk2 asthma dia terus hilang. Irfan kembali aktif (actually aktif lagi dr biasa..hehe..) dan makan pun nak sahaja. If not, kalau dulu kena asthma attack, dah baik pun taknak makan, minum susu je. Risau Ummi tau..! Sekarang ni, Irfan makan pun dah start with those contain cow's milk. AlhamduLILLAH.

Mealshake ni senang je nak bagi Irfan sbb boleh bancuh dalam susu dia. Sehari sekali, satu sudu teh campurkan dalam susu dia. But, what are the nutrition facts in Mealshake? haaa.. ni diaaa...
Shaklee Meal Shakes - French Vanilla

Functions of Meal Shake :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance, delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value (DV) for protein and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber.

AlhamduLILLAH, Irfan makin sihat dan saya SANGAT bersyukur atas perubahannya.

So, untuk saya, saya cuba Trial Pack Set F consists of 30 tabs of Vitamin E and 90 tabs of Alfalfa. Before this saya ada masalah lenguh2 leher sebab duduk lama depan pc kat ofis tu and bila malam kadang2 saya cepat rasa sejuk (tak kiralar suhu malam tu panas ke ape ke..) dan tidur mesti selimut dan pakai socks. Kadang2 rasa lenguh sangat especially dari pinggang ke kaki (maybe ni sebab saya lahirkan Irfan secara Csect). Bila dah lenguh2 tu mulalar badan pun cepat letih. Kalau Irfan tidur kol 8mlm, setengah jam lepas tu saya pun tidur. As if like rehat panjang tapi rasa macam tak cukup je.

Lepas tu bila dah baca segala testimoni and recommendation kat blog Cery, tu yang beli set F ni. AlhamduLILLAH, lepas a week consume those two vitamins, hilang dah lenguh2 kat leher ni, badan rasa ringan, mood pun tak swing (eheks..!), dan yang paling best malam takde rasa sejuk2 lagi. Sekarang ni time tidur socks tah ke mana, selimut dah tak guna dah. Tidur pun dalam kol 10 ke atas. So, ada masa lebih nak buat keja2 rumah. Lepas ni ingat nak continue Set F tu and add-on VitaLea laks..ini trial pack saya.

Pada saya harga vitamin2 ni murah. Trial pack ni dlm RM70 ~ RM100 harganya. Sangat berbaloi sebab boleh beli online, payment online dan tunggu je barang2 tu sampai. Sangat mudah dan jimat masa, tenaga dan duit. So, this is the beginning of our healthy and happy life .. InshaALLAH.

*Credit To Cery.

6/23/2012

Mighty Triple Gem ~ kekalkan tenaga kerana kerja atau puasa, gantikan sarapan pg dan untuk diet

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Siapa yang sesuai amalkan minuman ini?
Antara mereka yang saya sarankan amik tripple gem ialah
- anak-anak yang dah bersekolah supaya bertenaga , sihat dan tidak mudah dehydrat
- mereka yang bekerja luar dan terdedah dengan panas terik matahari
- mereka yang tak boleh dan tak suka telan pil tetapi perlukan supplement
- mereka yang ingin replace meal terutama untuk breakfast
- wanita hamil
-ibu yg menyusukan bayi


 Energising Soy Protein (ESP) : 
- Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
- Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
- Membekalkan tenaga,
- Memberikan rasa kenyang
- Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
- Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
- Membanyakkan susu badan (milkbooster)
- Membantu mengekalkan kepejalan otot
- Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
- mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat

 Meal Shake :
- Ianya multivitamin a.k.a pemakanan lengkap. Rasanya sangat sedap seperti rasa ice cream vanila tp dlm bentuk serbuk. 
- Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
- Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
- Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
- Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
- Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
- Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

**Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos 1/2 sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

- Meal Shakes Shaklee juga boleh diambil sekiranya anda mahu menguruskan badan (selain rangkaian produk dalam program Weight Loss Shaklee iaitu Cinch) kerana kandungan protein dan seratnya memberi rasa kenyang untuk tempoh yang lama. Bezanya dengan Cinch, antaranya ialah Cinch mengandungi Leucine untuk menjaga otot semasa program turun berat dijalankan.
Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
* Kanak-kanak
* Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
* Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
* Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
* Warga tua
Selain itu, Meal Shakes Shaklee boleh digunakan untuk menggantikan minuman berkafein.


Performance drink : ~much better than 100 Plus
- Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
- Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
- Ia bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
- Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
- Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
- Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum. Ia bole tolong cegah dehydration tu.
- Penghidratan lebih cepat berbanding air (Oren)
- Bekerja atau bersukan menyebabkan kekurangan nutrisi penting dalam tubuh. Shaklee Performance merupakan pilihan paling ideal yang berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan mebekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda.
- OptiCarb® pilihan eksklusif untuk tenaga yang berpanjangan.
- Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga, otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar.


Rasa
 Gabungan 3 serbuk supplement ini memberikan rasa ala-ala vitagen ditambah jika diminum dengan air yang sedikit sejuk. Sangat sedap. Cara bancuhan ialah dengan gelas yang diisi 500ml air, masukkan 1 setengah sudu besar ESP, 1 sudu besar meal shake dan 1 sudu besar Performance drink.(utk org dewasa) - utk kanak2 kurangkan sukatannya kepada 1/2 hingga 1 sudu kecil.

6/14/2012

Meal Shakes Shaklee membekalkan nutrien penting yang diperlukan kanak-kanak

Klau kita nak citer pasal pemakanan anak-anak kita sekarang mesti bersangkut rapat dengan makanan ringanlaah, makanan segere laaa dan macam2 lg makanan yang kurang khasiatnya..... cthnya masa anak2 kita dekat sekolah kita tak tahu if kantin kat sekolah mereka tu hidangkan makanan khasiat ke takkan.... memang susah nak control apa yang anak kita makan di sekolah mereka. tambahan pula sekarang pengaruh makanan segera memang sukar nak ditempis... rasenye kita yang dewasa ni pun memang sukar nak menolak keinginan nak makan makanan segera tukan...
Bagaimana kita nak pastikan anak kita mendapat khasiat secukupnya untuk tumbesaran yang sempurna? Pemakanan yang seimbang dan sihat pasti membantu proses pembelajarannya kerana dapat memberi lebih tumpuan pada apa yang dipelajari. Shaklee mempunyai rangkaian produk yang sesuai untuk kanak-kanak seperti Chewable Multivitamin, Chewable Vitamin C, Meal Shakes dan juga OmegaGuard. Entri kali ini saya nak cerita tentang Meal Shakes dan testimoni ibu-ibu yang berpuashati dengan  Meal Shakes. 
Shaklee Meal Shakes

  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Functions of Meal Shakes :
Shaklee Meal Shakes can be used as supplements for added nutritional insurance, delicious between-meal snacks, or beverages with meals. It provides 30% of the Daily Value (DV) for protein and 35% or more of the DVs for 19 essential vitamins and minerals. It is good sources of dietary fiber. 


Meal shakes amat sesuai untuk anak-anak yang kurang selera makan...


Mealshake membekalkan multivitamin, protein, kalsium dan fiber yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat!
So, apa kata kita sediakan segelas Meal Shakes setiap pagi untuk sarapan anak-anak sebelum ke sekolah. Boleh dicampur dengan susu segar ataupun milo suam. Rasanya pun boleh tahan sedap! Sekali rasa, nak lagi. hehe

Harapnya lepas ni, kita jadilah ibu-bapa yang lebih bertanggungjawab dengan memastikan anak-anak mendapat khasiat daripada pemakanan yang sihat. (peringatan untuk diri saya jugak) Sebab anak-anak adalah amanah Allah yang perlu kita jaga sebaik mungkin. Pelaburan untuk kesihatan anak-anak dan keluarga adalah pelaburan yang paling berbaloi!

sumber: http://hebatkan.blogspot.com


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tips atasi anak sukar makan


    

Ibu-ibu tentunya susah hati apabila anak tak mahu makan dan asyik sibuk bermain sahaja kan. Hari ini saya nak kogsikan sedikit tips untuk membantu anak-anak suka makan.
  1. Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
  2. Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
  3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
  4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
  5. Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  6. Ajak anak bermain sambil makan. (Bila Muadz mula bosan makan, saya akan buat2 nasi tu jadi kapal terbang dan masuk ke dalam mulut dia. Kadang2 dia tak buka mulut, bila 2-3 kali baru buka.)
  7. Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
  8. Elakkan minum air sambil minum. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
  9. Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
  10. Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
  11. Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
  12. Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
  13. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tenpat duduknya terlebih dahulu.
  14. Tanya pendapat anak menu yang diingini.
  15. Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
 Anda juga boleh membantu anak anda dengan memberikan Meal Shakes. Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah multivitamin berbentuk minuman jadi anda akan dapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.
Apa kata mereka yang dah mencuba?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...