Ads 468x60px

Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

10/15/2012

Vitamin C dengan label baru n new formulated formula

Ramai yang mengakui peranan vitamin C dalam kecantikan kulit.




Nampaknya permintaan terhadap vitamin C begitu tinggi, hinggakan saya about to borong vitamin C… tambahan pula Vitamin C kini dengan label baru!

pemborong vitmain C


Label lama:


vita c shaklee


Apakah bioflavonoids? Bioflavonoids adalah bahankinia semulajadi yang terdapat dalam buah-buahan, terutama buahan sitrus. Ia adalah sejenis antioksidan, dan penting dalam penyerapan vitamin C oleh tubuh.


Bioflavonoids memberi banyak kebaikan pada tubuh, antaranya:

Memperelokkan tisu2 terutama di permukaan kulit

Kesihatan kardiovaskular

Mengautkan kapilari darah

Menguatkan imunisasi

Jadi, sangat penting memilih vitamin C yang mengandungi bioflavonoids. Agar vitamin C lebih berkesan pada tubuh kita terutama untuk kulit yang cantik.


Untuk mendapatkan bioflavonoids asli dan berkualiti tinggi, sumbernya haruslah dari tumbuhan organik, dan bukan dari sintesis bahan kimia.



Read more http://vitaminsemulajadi.com/about-to-borong-vitamin-c/

10/14/2012

Atasi Demam dan Sakit Kepala Tanpa Ubat


Biasanya apabila sakit kepala atau demam kita disarankan mengambil paracetamol atau biasa dipanggil ‘panadol’. Paracetamol adalah ubat yang paling selamat untuk digunakan. Namun begitu, ia tetap mempunyai kesan sampingan terutama apabila diambil secara berpanjangan. Begitulah juga dengan ubat-ubatan lain jadi jangan pandai2 ambil ubat tanpa arahan dari doktor.

Antara kesan sampingan dari penggunaan paracetamol adalah kerosakan hati dan buah pinggang. Pengambilan paracetamol yang berpanjangan boleh menyebabkan Hepatotoxicity yakni toksin dalam hati yang menyebabkan kerosakan hati dan Nefrotoxicity yakni kerosakan buah pinggang.

Paracetamol tidak boleh diambil setiap hari secara berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan keadaan-keadaan di atas.

Jadi, apakah alternatif bagi mengatasi masalah demam dan sakit kepala?

Pertama sekali harus kita ingat, demam bukan satu penyakit. Sebaliknya ia adalah petanda tubuh kita sedang bekerja untuk melawan kuman2 yang menyerangnya. Kerana itu suhu badan menjadi tinggi bagi menyediakan ‘suasana’ yang membantutkan perkembangan kuman-kuman tersebut.

Namun begitu, harus berjaga2 agar demam tidak terlalu tinggi hingga melebihi 38 darjah Celcius, ia mungkin satu petanda bahaya!

Untuk mengatasi demam ringan dan sakit kepala tanpa ubat-ubatan, saya menyarankan Performance Drinks dan Vita-C Plus sebagai satu jalan.


shaklee performance


Performance Drink, minuman hidrasi dari Shaklee merupakan minuman yang wajib ada di rumah saya. Selain dari amalan bersukan suami, ia juga untuk menghadapi saat-saat ketika demam dan tak sedap badan melanda. Terutama di kalangan anak-anak yang aktif, Performance Drink adalah minuman yang harus diberi tatkala mereka menunjukkan simptom demam.

Ia berkonsepkan ‘rawat dengan air’ yang mana Performance Drink memelihara kandungan bendalir badan agar tidak terhidrat dan mengelakkan simptom demam menjadi lebih teruk.

Vitamin C pula menurut Mayo Clinic, jika diambil dengan dos yang tinggi (2000mg) ia membantu memendekkan jangkamasa demam. Penting bagi ibu dan juga bapa untuk tidak mengalami demam dan tak sedap badan yang berpanjangan.

Jadikan 2 benda ini sebagai salah satu item dalam ‘First Aid Kit’ di rumah.

Pilihlah yang lebih selamat dan bermanfaat untuk keluarga

sumber:  http://vitaminsemulajadi.com/atasi-demam-dan-sakit-kepala-tanpa-ubat/

9/26/2012

Can u spot a different?


Can u see the different... setelah mengamalkan supplimen shaklee seperti Vitamin C + B Complek + Alfalfa + Vitelea and ESP.. dan skang nak berjinak2 dgn Collagen Powder Shaklee plak.....

Disamping dapat brbf secara exclusive untuk si kecik tu... saya dapat menjaga kesihatan dalaman dan dan luaran di samping mendapat kulit yang cerah, parut2 lama makin pudar, kulit muka rase tegang dan berglowing jerr (hehehe kena puji diri sendiri dulu).  Honestly saya hanya memakai bedak sahaja.... tanpa pelembab dan tanpa foundation... itu luaran....

Aspek dalaman pula.. badan sentiasa bertenaga sentiasa rase fresh jerr... bak kata org sentiasa bersemangat jerr...jarang mendapt penyakit (alhamdullilah.. AMIN) walaupun kerja menimbun2.. almaklumlaaa pengusaha dobi kena basuh kain banyak...  dan saya jugak secara tak langsung dapat membekalkan si kecik tu dgn nutrisi2 untuk pembesaran dan perkembangannya melalui susu badan saya. Akhir kata... tak rugi jika anda mencuba SHAKLEE jika anda pentingkan kesihatan yang menyeluruh....

9/05/2012

Jerawat Kronik Pulih Selepas 3 Bulan

Kali ini nak share tentang masalah kulit muka lagi.... tapi kali ini Jerawat Kronik. Kat bawah ni kita boleh lihat bagaimana kulit Yana pulih selepas konsisten mengamalakan supplement Shaklee. Yang ni saya copy dari blog Aula.



Menakjubkan......

Perubahan macam ni memerlukan pengambilan Vitamin-E Shaklee secara berterusan selama 3 bulan berturut-turut, bukannya ambil hari ni esok terus ok, atau ambil seminggu dah ok....


Mengapa perlu ambik masa sehingga 3 bulan, lama tu... mesti anda tertanya-tanya kan... sebabnya... sel-sel badan kita perlukan masa untuk pulih dan tempoh yang diperlukan sekurang-kurangnya 90 hari @ 3 bulan.

Dan for info, untuk merawat dan penyembuhan masalah kulit Yana yang berjerawat pada tahap sebegini tidak berlaku dengan pengambilan VITAMIN-E sahaja, dia turut mengambil VITAMIN C, ALFALFA dan MEALSHAKE.

Mari lihat peranan-peranan supplements dalam proses penyembuhan yang menakjubkan ini...

VITAMIN E :
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik, lebih muda.
  • Sangat membantu untuk menghilangkan parut dan jeragat.
  • Vitamin antioksidan.
VITAMIN-C :
  • Membaiki tulang, gigi dan tisu penyambung
  • Membentuk kolagen yang penting untuk ketegangan dan kecantikan kulit
  • Sebagai kuasa penyembuh
ALFALFA :
  • Sumber mikronutrient paling kaya
  • Membuat sistem badan berjalan lebih lancar
  • Membantu melawaskan usus
  • Mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan
MEAL SHAKES :
  • Membantu membaikpulih luka atau kudis
  • Mengandungi vitamin B-complex, zat besi dan copper untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan memberi perubahan positif pada complexion kulit
So, say NO to anti-acne cream!
Kenapa ya? Sememangnya supplemen semulajadi lebih selamat!

Anda tahu tak bahaya sebenarnya bergantung pada anti-acne atau antibiotics nie?? Silap2 boleh sebab tak boleh pregant tau!! Hah nie saya petik dari skinimprovement.com


"Not all manufacturers of acne products with chemicals tell that in order to avoid side effects, such acne creams or acne pills can only be used for 2 - 3 weeks. Oral antibiotics should be used as a temporary measure in order to reduce the inflammation caused by acne bacteria. Prolonged use of antibiotics and steroids supress the immune system of our skin. Weak immune system may lead to development of such skin disorders as rosacea anddemodex.

In addition to anti pimpe gels, lotions for zits, ointments and acne pills, the chemical industry offers variety of cleansing lotions containing alkali, alcohol and even acids. The cleansers with theses chemical substances are not safe and should not be used by acne patients. The alcohol and other chemical ingredients most often over dry the skin provoking the sebum glands to produce more sebum oil. Excessive production of sebum oil is one of thereason which causes acne. You should always wash acne prone skin with natural cleansers and lotions. "



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

9/01/2012

VITAMIN SHAKLEE : Lebih dari 'Organik'!

 
 
Agak hangat sekarang di pasaran mengenai VITAMIN ORGANIK. Rata-rata promosi makanan kesihatan sibuk mencanangkan status ORGANIK tu. Hinggakan ada yang tanya saya, vitamin Shaklee ni ORGANIK tak?

Vitamin C semulajadi Shaklee
 
 
Cuba tengok label botol vitamin SHAKLEE... ada tak tulis 'produk Shaklee adalah Organik'? Takde kan... walaupun piawaian Shaklee memenuhi semua kriteria ORGANIK, kenapa tak dicanang title ORGANIK tu agaknya ye?

Apa itu 'ORGANIK'?

Sebelum saya kongsi fakta keistimewaan Shaklee yang 'lebih dari organik' ni, tahu tak apa maksud organik?

Vitamin Organik maksudnya vitamin tu dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik moden dalam proses tanaman atau pembesarannya seperti racun perosak sintetik dan baja kimia. Jika kita rujuk pada maksud pengiktirafan 'Certified Organic' oleh Quality Assurance International pun, 100% organic bermakna hanya bahan-bahan organik sahaja yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut.

Macamana nak pastikan 'ORGANIK'?

Pengeluar vitamin organik akan pastikan tumbuhan yang digunakan untuk buat vitamin tu ditanam dengan mematuhi standard ditetapkan iaitu tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan yang sewaktu dengannya. Tapi, mereka tidak perlu mengambil kira apa yang tumbuhan tu serap dari udara, air dan tanah.

Maksudnya, walaupun semua tumbuhan tu ikut standard ORGANIK, mungkin bahan-bahan toksik seperti racun serangga diserap dari dalam tanah, air dan udara. Pengeluar vitamin organik tidak perlu bertanggungjawab ke atas kewujudan bahan toksin pada produk akhir untuk kekalkan label 'ORGANIK' kerana standard telah dipatuhi.

Kenapa SHAKLEE 'lebih dari organik'?

Berbeza dengan Shaklee, walaupun mematuhi semua standard ORGANIK, saintis mereka masih menjalankan ujian terhadap produk akhir. Ujian yang dilakukan bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan mengambil kira semua kemungkinan bagi memastikan produk Shaklee adalah benar-benar selamat dan 'lebih dari organik'.

Bayangkan, setiap tahun Shaklee menjalankan 83,000 ujian klinikal ke atas produk nutrisi yang dikeluarkannya (sumber)

 
Apa bukti SHAKLEE 'lebih dari organik'?

Saya nak kongsi satu fakta benar 'Shaklee Different' yang menunjukkan Shaklee 'lebih dari organik'

Dulu, Shaklee pernah mengeluarkan satu produk yang dinamakan Panex Ginseng Product yang popular dikalangan pelanggan produk herba Shaklee. Produk ni kemudian dihentikan dan digantikan dengan CorEnergy (tiada di pasaran Malaysia) kerana ujikaji yang dijalankan ke atas bahan-bahan mentah mendapati kehadiran sejenis racun kulat yang dinamakan Quintozene di dalam bahan utama iaitu Ginseng Asia. Ujian tersebut mengesan kehadiran Quintozene yang sangat-sangat sedikit sehingga hampir mustahil untuk dikesan. Lot pertama bahan itu ditolak.

Kemudian beberapa lot bahan mentah dihantar lagi oleh pembekal dan bila diuji, masih menunjukkan kehadiran racun tersebut. Apabila pihak Shaklee tidak mungkin mereka memperolehi bahan mentah tanpa kehadiran racun tersebut, keputusan diambil untuk menangguhkan pesanan produk sehingga punca sebenar kehadiran racun tersebut dikenalpasti.

Saintis Shaklee mendapati akar Ginseng Asia yang berasal dari Jepun dan China ni mengambil masa 7 tahun untuk matang dan mengumpulkan ginsenosides yang diperlukan. Setelah disiasat, rupa-rupanya 7 tahun sebelum itu, banyak hujan telah turun di Jepun dan China sehingga banyak kulat terkumpul. Disebabkan permintaan ginseng yang tinggi diseluruh dunia, pembekal dari dua negara ini masih menuai ginseng-ginseng ini dan menggunakan semburan Quintozene sebelum mengeksport ke luar negara.


Ginseng Asia

Shaklee memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Panex Ginseng Product selepas penemuan itu kerana tidak memenuhi piawaian Shaklee. Ia merupakan satu keputusan yang besar kerana produk tersebut sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

(Sumber : Teks ucapan Anjama Srivastava, Senior Director of Product Marketing for Nutritional Product untuk Shaklee Corporation pada tahun 2005. Beliau nutritionist Shaklee yang terlibat dalam pembangunan produk)


Kenapa pilih SHAKLEE?

Sentiasa SELAMAT

Sentiasa BERKESAN

Sentiasa MESRA ALAM

Hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut...

sumber : http://www.bigsmilezone.com/2012/08/vitamin-shaklee-lebih-dari-organik.html

8/11/2012

Kenapa Vitamin C penting untuk semua?








Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

KEPENTINGAN VITAMIN C

Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet

SUMBER VITAMIN C

Vitamin C ini sebenarnya tak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita walaupun badan sangat perlukannya. Hanya melalui makanan kita dapat bekalkan vitamin C yang diperlukan oleh sel. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah sayur-sayuran dan buah-buahan. Di antara makanan yang kaya dengan vitamin C:
Oren

Kiwi

Strawberi

Brokoli

Kentang

Keledek

Lada benggala

Tomato

Mangga

Betik

... dan banyak lagi....

FUNGSI VITAMIN C DALAM TUBUH MANUSIA

Paling biasa dengar, vitamin C ni kena makan bila kena selsema. Jangan salah faham, vitamin C ni bukan ubat ye. Sebenarnya ia satu unsur yang badan perlukan untuk berfungsi secara normal. Antara fungsi vitamin C sebenarnya :

membina sel baru

membaiki sel rosak

meningkatkan sistem imun tubuh

antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas

mencegah penyakit Skurvi

penting untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan

meningkatkan penyerapan zat besi (iron) dalam tubuh

membantu pembentukan collagen

membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.


SIAPA YANG PATUT AMALKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN VITAMIN C?

Sebenarnya semua orang perlukan vitamin C. Tapi bagi sesetengah individu, keperluan vitamin C adalah sangat tinggi seperti :

perokok aktif/ pasif

ibu mengandung /menyusu / lepas bersalin

dalam proses penyembuhan penyakit/ selepas pembedahan

kanak-kanak

orang yang mudah demam dan selsema

orang yang mudah stress dan moody

pesakit berkaitan kardiovaskular seperti jantung, stroke, kolesterol tinggi dan darah tinggi

mereka yang mempunyai masalah anemia

mereka nak kulit gebu, anjal dan awet muda
penting untuk kesihatan seksual (baca fungsi vitamin C terhadap fungsi seksual di sini)


KENAPA PERLU SUPLEMEN VITAMIN C?

ia mudah rosak akibat aktiviti pemprosesan, memasak, penyimpanan dan lain-lain lagi. Stress pun boleh rosakkan vitamin c dalam badan kita

sel badan kita rosak dan diperbaharui setiap hari

vitamin C dari sumber semulajadi mungkin telah tercemar atau kurang nutrien akibat tanah yang kurang subur

pengambilan makanan harian tidak dapat menampung keperluan tubuh


CARA PILIH SUPLEMEN VITAMIN C?

Amaun vitamin C adalah cukup memenuhi keperluan harian dan tidak lebih dari dos selamat. Ini kerana, ia akan digunakan setakat mana diperlukan badan pada masa tu dan selebihnya akan larut air dan keluar melalui urin dan peluh.

Bersifat 'Pelepasan Masa' (Sustainable Release) sebab jenis ini lebih mudah diserap tubuh.

Mengandungi Bioflavonoid yang seimbang dengan kandungan vitamin. Tugas bioflavonoid ni untuk elak vitamin c teroksida & badan dapat serap lebih baik

Sumber dari bahan semulajadi (bukan sintetik) sebab sistem badan lebih mngenali bentuk semulajadi berbanding sintetik

Ada ujian klinikal - tak semua suplemen telah diuji dan terbukti berkesan secara klinikal!


VITAMIN PILIHAN SAYA :

Sudah tentulah SHAKLEE! Sebab ia berbeza dengan jenama lain di pasaran... Nanti saya akan kongsi keistimewaan Vitamin C Shaklee.. Nak tahu lanjut, hubungi saya..



7/29/2012

Siapa perlukan Vitamin C????





Vitamin C mudah didapati dalam kebanyakan buah dan sayuran. Malangnya kebanyakan kita agak keberatan nak makan sayur dan buah. Kalau makan sayur pun mungkin telah musnah vitamin C akibat dimasak terlalu lama atau buah yang kita makan tadi telah terdedah kepada persekitaran beberapa jam sebelum dimakan.


Tanda kekurangan

Jika anda kekurangan vitamin C, biasanya akan nampak simptom seperti berikut:

•rambut kering

•gusi mudah berdarah

•mudah lebam

•mudah penat

•mudah stress

•kurang selera makan

•kulit kering, kasar, bersisik, tak gebu, kusam

•luka lambat pulih

Siapa perlukan?
Anda sangat-sangat memerlukan vitamin C jika anda:

•merokok - asap rokok memusnahkan vitamin C dengan cepat. perlukan vitamin C untuk membersih darah daripada logam berat dan untuk mengelakkan kerosakan buah pinggang

•hidup di kalangan perokok - kajian menunjukkan perokok pasif (seperti kebanyakan kita) memerlukan lebih banyak vitamin C

•pesakit kencing manis - perlukan vitamin C untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah darah daripada menjadi keras bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat

•mengalami allergi atau asthma

•demam atau selsema - sistem imunisasi badan perlukan vitamin C dengan banyak untuk melawan jangkitan kuman/bakteria

•menjalani pembedahan - untuk cepat baik pulih luka dan melawan jangkitan kuman

•mengalami 'stress' fizikal atau mental - vitamin C termusnah akibat 'stress'

•warga tua - terutama jika anda juga amalkan ubat-ubatan lain

•mengandung atau menyusukan anak - vitamin C banyak disalurkan kepada anak

•mengambil pil perancang, antibiotik - ubatan ini boleh memusnahkan vitamin C

•mengambil alkohol - alkohol memusnahkan vitamin C

Kesimpulannya kita perlu mengambil vitamin C setiap hari kerana vitamin C perlu untuk pembinaan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam tubuh. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita mengalami masalah kulit, kulit cepat kendur dan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

 Apa perbezaan Shaklee Sustained Release Vitamin C dengan Vitamin C yang lain di pasaran?



Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C

~ Kandungan Vitamin C yang tinggi.  


~ Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

~ Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah.

Bagaimana Vitamin C berfungsi untuk tubuh badan kita?


Vitamin C perlu untuk membina antibodi, untuk pembentukan tulang dan gigi yang sihat, penyerapan zat besi dan pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik dan sihat, tisu-tisu dan otot2. Vitamin C juga membantu mengekalkan saluran darah yang sihat dan ianya penting untuk kesihatan tubuh badan kita.

Apakah PANDUAN MEMILIH Vitamin C?

Menurut Dr Bruce Miller, panduan untuk memilih Vitamin C adalah seperti berikut:

~ pilihlah Vitamin C yang memberikan 500mg per tablet.

~ Ianya adalah sumber semulajadi dan bertindak mengikut pelepasan masa

~ Mengandungi "bioflavinoids" yang seimbang dengan Vitamin C. Setiap 500mg Vitamin C perlulah mengandungi 120mg "biofalvinoids".

~ Ianya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapan yang optimum di dalam tubuh
Oleh itu ambillah vitamin C untuk kesihatan, tingkatkan sistem imunisasi tubuh dan untuk kecantikan

Ingat : vitamin C untuk CANTIK!

7/20/2012

Tips mengelakkan jerawat tumbuh di muka...




JERAWAT........ jerawat ni MUSUH KETAT kaum WANITA??  Betul kan??  Memang sangat tension dan stress bila tengok ade jerawat kat muka... Jom applykan tips-tips yg boleh kita dilakukan untuk mengelakkan jerawat tumbuh di muka...

1. Amalkan MENCUCI MUKA 2 kali sehari dengan pencuci muka dan pada masa-masa yang lain, cukup sekadar membilas muka dengan air bersih.

2. Elakkan muka anda dari ditutupi rambut kerana minyak pada rambut boleh mengakibatkan berlakunya jerawat.

3. Elakkan dari menggunakan barangan kosmetik dan pelembap berasaskan minyak.

4. Jangan sentuh, picit atau pecahkan jerawat kerana ia boleh menyebabkan parut di atas kulit.

5. Berhenti dari menggunakan pencuci muka atau ubat jerawat yang anda beli sekiranya keadaan jerawat anda menjadi semakin teruk.

6. Jika jerawat anda tumbuh di belakang badan atau dada, anda digalakkan memakai pakaian kapas kerana ia menyerap peluh dan menyejukkan kulit.

7. Jika masalah jerawat anda kronik, dapatkan rawatan pakar di klinik atau hospital berhampiran.

Ramai juga kengkawan yang mengadu dan bagitahu dah cuba macam2 produk untuk masalah jerawat tapi semuanya tak berkesan...Jom cuba suplemen Shaklee pula. Afterall beauty radiates from within.....

Jom tengok vitamin apa yg boleh membantu anda dalam masalah ni...

B Complex >>> penting sebagai ANTI STRESS. sebab stress adalah PUNCA UTAMA masalah JERAWAT..!

Vitamin C >>> C for COLLAGEN... Penting dalam pembentukan kolagen dan tisu penghubung yang lain untuk menjadikan kulit kita ANJAL dan KUAT. Vitamin C juga melindungi kulit kita daripada radikal bebas yg boleh menyebabkan kedutan pada wajah. Tak nak lah nanti muka dah cun takda jerawat, tapiii kulit muka pula kendur. kan kan??

Vitamin E >>> PREVENT THICK SCAR FORMATION. experience Fai, vitamin E ni memang sangat2 membantu dalam MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT/JERAGAT... m Vitamin E juga membantu mengatasi masalah kulit kusam. Kulit kusam ni terjadi akibat selalu berjemur di tengah panas. Vitamin E memberikan perlindungan kepada kulit dari pengaruh buruk sinar ultraviolet, sehingga kelembapannya terjaga. Sangat membantu dalam mengatasi kulit kusam dgn menjadikan kulit muka bertambah berseri2.

Wajibbb add on our BEST SELLER....... ESP >>> Soy Isolate Protein... wajib?? Kenapa ya??

•Untuk kulit CANTIK dan SEKATA kerana protein merupakan makanan asas yang diperlukan untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita secara menyeluruh...

•Isoflavon dlm ESP bertindak sebagai perangsang KOLAGEN. Membantu menjadikan kulit kita lebih ANJAL, melambatkan proses kedutan, serta menganjalkan payudara...

•Membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat di muka. Bagaimana? Protien sangat penting dalam penghasilan sel baru. Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat/jeragat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protein untuk membantu dalam penghasilan sel baru. ESP ni protein. Sel kulit kita akan berganti setiap 21hari. Bila badan kita dpt cukup protein, dlm masa 21 hari ianya akan diganti dgn sel yg baru... So,ianya membantu pudarkan parut jerawat/jeragat kat kulit muka kita tu... ^___^

6/23/2012

Cara saya atasi selsema, rasa nak demam, sakit tekak

Dulu2..sebelum saya kenal shaklee...rasa nk demam @ demam je mesti telan paracetamol... asal demam je..panadol... tapi sekarang...NO...NO...NO... tidak lagi...sy xmo ambik panadol lg dah...!!! kenapa???



paracetamol...bahaya????
Lazimnya kalau kita demam atau sakit kepala, kita akan mencari ubat yang bernama panadol (paracetamol). Memanglah ubat ini akan memberi kelegaan dalam masa yang singkat.Tapi terfikirkah kalian bahawa kesan JANGKA masa panjang pengambilan ubat ini akan memudaratkan anda terutamanya akan merosakkan hati jika pengambilannya diambil secara berterusan.

Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever).

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain.



Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut. Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

*** Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan macam korang semua makan vitamin.

_________________________________
sebab tu la saya x ambik dh paracetamol...tapi saya beralih kepada suplemen tambahan....

jika saya rasa nk demam, sakit tekak, seram sejuk, demam,..saya ambik vitamin C..tp bukan sebarangan vitamin C...saya ambik vitamin C shaklee... sebab apa??? mesti la ada reasonnya kan???





- Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dalam masa 5 jam (ia mempunyai 5 lapisan perlindungan..jadi setiap 1 jam..1 lapisan dilepaskan). Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. 

- menjaga salur darah, 

- sebagai antioksidan 

- membantu meningkatkan antibodi ibu dan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. 

- bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...

- kulit makin bersih, cerah & cantik. 

- membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

- sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

- Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan  

- sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. 

- Ianya juga membantu dalam penghadaman zat 

- vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



PLUS : JAMINAN SHAKLEE :" always safe, always works, always green"


Ia dr bhn semulajadi, tiada silika gel, tiada pewarna n perisa tiruan... sgt2 selamat diambil walau utk jangkamasa panjang

best tak suplemen Shaklee nih??? bestkan... tips utk anda...jika rasa nk demam, selsema, batuk2, demam, sakit tekak, ambik la vitamin C shaklee..patah dua dulu..br telan dgn air kosong segelas. kenapa kena patah dua??? seperti yg sy mention di atas... ia berkonsepkan sustained released..ada 5 lapisan perlindungan...jika x patahkan... ia akan bertindak setiap 1 jam...tapi jika kita rasa x sihat..kita patah dua utk patahkan lapisan perlindungan dlm vitamin C tu..jd ia akan bertindak sertamerta...(booster)..sy ambik 2 bj terus :)))

itulah cara saya jika saya rasa x sihat... :) SHaklee terbaik InsyaALlah

berminat??? jom dptkan suplemen shaklee anda sekrg. exclusive consultation utk pelanggan saya

sumber : www.yourfabulousmom.com

6/10/2012

Shaklee Folic Acid 400mcg

Apabila anda merancang atau bersedia untuk mengandung, adalah dinasihatkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung, untuk mengelakkan spina bifida dan juga birth defetcs kepada bayi yang bakal dilahirkan. Sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik diperlukan oleh badan si ibu.

Rujukan jumlah keperluan Asid Folik sewaktu mengandung:
Centers for Disease Control and Prevention
Pregnancy About.com
BabyHopes.com
Too much Acid Folic?

Sebelum ini saya pernah kongsikan, bahawa B-Complex Shaklee sahaja sudah mencukupi kerana ia juga turut lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuklah asid folik. Namun, ada yang bertanya, cukupkah sebiji B-Complex Shaklee tersebut, kerana kandungan asid folik nya hanyalah 200 mcg.

Jadi, bagaimanakah untuk mendapatkan 400mcg Asid Folik daripada Shaklee B-Complex, sebagai persediaan untuk mengandung?

Jawapannya, untuk ibu mengandung, kami mencadangkan vitamin di bawah ini (bukan B-Complex sahaja):
  • Vita-Lea Iron Formula (Shaklee MultiVitamin)
  • Shaklee B-Complex
  • Shaklee Vitamin-C
  • Shaklee OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag)
  • Energizing Soy Protein (ESP)
Di dalam sebiji Shaklee Vita-Lea, turut terdapat 200mcg folic acid.

Maka, jika kita buat pengiraan,

200mcg folic acid dari Shaklee B-Complex + 200mcg folic acid dari Shaklee Vita-Lea
 = 400mcg folic acid.

sumber : http://www.genkimomma.net

5/27/2012

Triple M Shaklee Breastfeeding Set (Super duper milk booster)- Mom`s Favourite Choice!!

Anda sedang bersedih kerana hasil perahan susu anda KURANG? Telah cuba telan segala jenis MILK BOOSTER yang berada di pasaran tetapi tidak mendapatkan kesan yang anda inginkan? Jangan berlengah lagi!!

Anda ingin mencuba Shaklee Breastfeeding Set tetapi mempunyai KEKANGAN KEWANGAN? BUDGET LIMITED? Jangan risau, kami menyediakan Triple M (3M) Shaklee Breastfeeding Set di dalam bentuk Trial Pack dengan HARGA MAMPU MILIK!


Triple M (3M) Shaklee Breastfeeding Pack:

Set ini mengandungi:
Vita-Lea
Vita-C
B-complex
Alfalfa
Energizing Soy Protein (ESP)
Ostematrix(Calcium/Magnesium)

*Free Gift/Special Gift Sementara Stok Masih Ada


Ikuti KISAH BENAR berikut:

Gambar di atas KURANG JELAS?? Mari Lihat gambar berikut:


Rezeki buat anakku, Mohammad Syafiq bin Junaidi & inspirasi buat semua.. 600 oz jumlahnya sejak 17 jun 2011 - 14 julai 2011.. Selamat mengepam.. -Nur Suzana Laily-

Alhamdulillah, pertama sekali tahniah pada Adik Nur kerana telah berjaya mengumpulkan 600 oz stock susu dalam masa sebulan! Syukur..Walaupun baby lahir pra-matang, tetapi Nur sangat tabah mengharunginya.. saya pasti Nur inginkan yang TERBAIK buat anak-anaknya. Apekah rahsia Adik Nur? Nur telah mula mengambil Shaklee seawal dari pregnant lagi. Merupakan antara ibu yang terawal mendapatkan Shaklee. Sudah semestinya Nur seorang yang sangat konsisten dalam mengikuti jadual pemakanan yang diberikan… "TIPS EXCLUSIVE di print dan ditampal", kata Nur. Mari kita lihat apa lagi usaha Nur, yang belum anda lakukan untuk dapatkan hasil 600 Oz dalam sebulan:

1. Nur menyusu sambil mengepam.. pastu,mlm bgn pukul 3am & 6am utk perah susu sebelum nyusukan baby lg.. kalau x,baby kuat tersedak.. kira,nur pam sehari 30oz..separuh utk stok,separuh utk ank yg 2nd & 3rd minum.. (Punyela meriah susu sampai dapat berkongsi kebaikan dengan anak-anak Nur!!)

2. Utk supplement kesihatan nur mkn shaklee.. utk susu,nur minum air byk, susu anmum,kerapkn penyusuan & kerapkn mengepam.. tu jer..(Yes, Itu Sahaja..mudah bukan?)

3. Makanan pn kene seimbang..tp, nur mmg kuat mkn.. kalau mkn keju,roti,lg byk blh dpt..sbb karbohidrat & protein dia lbh lg..(Jadi ibu-ibu, janganlah risau gemuk sebab, ibu-ibu yang BF exclusive rahim lebih cepat kecut dan lebih cepat pinggul mengecil!)



Apa yang dikongsi Nur adalah termasuk dalam 3 PERKARA UTAMA yang selalu saya tekankan kepada anda!

1. Supply Vs Demand - Lebih kerap kita melakukan pengosongan susu, lebih banyak signal demand di hasilkan..lebih banyak susu akan diproduce. INI WAJIB DIPATUHI.

2. Pemakanan Seimbang – Makan jangan di sekat-sekat, tetapi janganlah sampai melampau pula kan.. ambil megikut piramid makanan dan memenuhi keperluan seorang ibu yang breastfeed. Pengambilan Suplemen SHAKLEE, membantu memperbaiki kesihatan ibu dari dalam. Tubuh yang sihat, pasti membantu melancarkan penghasilan susu. AIR – Perlu minum banyak, tiada alasan dalam pantang tidak boleh minum banyak air! (minum sikit2 tp kerap ya...nnt kena marah pulak kalau minum byk sekaligus)

3. Doa, Doa dan Doa… Pintu Rezeki dipegang Allah SWT.. dan jangan lupa ISTIQAMAH..
source : iffah


Mudah bukan.. Hanya 3 PERKARA UTAMA.. Jika anda follow..InsyaAllah akan dapat hasil yang sama seperti Nur.

. Moga Allah lapangkan juga pintu rezeki buat ibu-ibu diluar sana ..InsyaAllah.

Baiklah… buat ibu-ibu, jika inginkan KONSULTASI PERCUMA, boleh PM FB Siti Sharina Saari atau boleh email kepada leyina.management atau SMS/CALL saya di 019-4312312.

Untuk customer saya, saya juga akan berikan tips exclusive kepada anda utk meningkatkan penghasilan susu ke tahap optimum..khas utk anda...hanya apabila anda membuat pembelian set ini... :)

credit : YourFabulousMama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...