Ads 468x60px

Showing posts with label Selesema demam sakit tekak. Show all posts
Showing posts with label Selesema demam sakit tekak. Show all posts

10/14/2012

Atasi Demam dan Sakit Kepala Tanpa Ubat


Biasanya apabila sakit kepala atau demam kita disarankan mengambil paracetamol atau biasa dipanggil ‘panadol’. Paracetamol adalah ubat yang paling selamat untuk digunakan. Namun begitu, ia tetap mempunyai kesan sampingan terutama apabila diambil secara berpanjangan. Begitulah juga dengan ubat-ubatan lain jadi jangan pandai2 ambil ubat tanpa arahan dari doktor.

Antara kesan sampingan dari penggunaan paracetamol adalah kerosakan hati dan buah pinggang. Pengambilan paracetamol yang berpanjangan boleh menyebabkan Hepatotoxicity yakni toksin dalam hati yang menyebabkan kerosakan hati dan Nefrotoxicity yakni kerosakan buah pinggang.

Paracetamol tidak boleh diambil setiap hari secara berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan keadaan-keadaan di atas.

Jadi, apakah alternatif bagi mengatasi masalah demam dan sakit kepala?

Pertama sekali harus kita ingat, demam bukan satu penyakit. Sebaliknya ia adalah petanda tubuh kita sedang bekerja untuk melawan kuman2 yang menyerangnya. Kerana itu suhu badan menjadi tinggi bagi menyediakan ‘suasana’ yang membantutkan perkembangan kuman-kuman tersebut.

Namun begitu, harus berjaga2 agar demam tidak terlalu tinggi hingga melebihi 38 darjah Celcius, ia mungkin satu petanda bahaya!

Untuk mengatasi demam ringan dan sakit kepala tanpa ubat-ubatan, saya menyarankan Performance Drinks dan Vita-C Plus sebagai satu jalan.


shaklee performance


Performance Drink, minuman hidrasi dari Shaklee merupakan minuman yang wajib ada di rumah saya. Selain dari amalan bersukan suami, ia juga untuk menghadapi saat-saat ketika demam dan tak sedap badan melanda. Terutama di kalangan anak-anak yang aktif, Performance Drink adalah minuman yang harus diberi tatkala mereka menunjukkan simptom demam.

Ia berkonsepkan ‘rawat dengan air’ yang mana Performance Drink memelihara kandungan bendalir badan agar tidak terhidrat dan mengelakkan simptom demam menjadi lebih teruk.

Vitamin C pula menurut Mayo Clinic, jika diambil dengan dos yang tinggi (2000mg) ia membantu memendekkan jangkamasa demam. Penting bagi ibu dan juga bapa untuk tidak mengalami demam dan tak sedap badan yang berpanjangan.

Jadikan 2 benda ini sebagai salah satu item dalam ‘First Aid Kit’ di rumah.

Pilihlah yang lebih selamat dan bermanfaat untuk keluarga

sumber:  http://vitaminsemulajadi.com/atasi-demam-dan-sakit-kepala-tanpa-ubat/

7/16/2012

Selalu selesema?? ketahui puncanya......



KALAU ada orang mendakwa tidak pernah dapat selesema, dia memang hebat. Selesema yang disebabkan jangkitan virus pada sistem respiratori atas (saluran pernafasan) adalah masalah paling lazim di seluruh dunia. Secara purata orang dewasa mengalami empat kali serangan selesema setahun dan sehingga 12 kali bagi kanak-kanak.

Di negara tropika seperti Malaysia, insiden selesema lebih tinggi kalau musim berubah, contohnya pada musim hujan atau selepas cuti sekolah. Namun, waktu paling ketara ialah dari November ke Januari dan Mac hingga Ogos.

Kes selesema juga meningkat pada musim jerebu (yang berlaku hampir setiap tahun akibat kebakaran hutan di negara jiran) kerana ia melemahkan sistem pertahanan badan dan menyebabkan kita mudah terdedah kepada jangkitan virus.

Antara punca utama selesema ialah jangkitan rhinovirus. Namun, virus lain seperti coronavirus dan virus human parainfluenza. Sebenarnya ada lebih 200 jenis virus yang dikenal pasti boleh menyebabkan selesema dan kebanyakannya ada di keliling kita.

Oleh kerana terlalu banyak jenis virus boleh mengakibatkan selesema dan kemunculan jenis virus baru, badan kita tidak dapat membina pertahanan terhadap jangkitan. Ini sebabnya selesema menjadi penyakit paling lazim dan kerap berulang. Malah, virus ini boleh menjangkiti orang lain sebelum badan mangsa pertama sempat membunuhnya.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan selesema berlaku dari satu individu ke individu lain iaitu apabila individu sihat bernafas dalam persekitaran dicemari virus selesema yang terbang ke udara melalui batuk atau bersin.

Malah, rhinovirus boleh merebak jika seseorang itu menyentuh mulut atau hidungnya selepas menyentuh permukaan tercemar. Bersin adalah kaedah penyebaran paling berbahaya kerana apabila bersin, kita mengeluarkan banyak virus sekali gus.

Kumpulan virus yang terkandung dalam percikan air liur ini tidak kelihatan, akan terapung-apung di udara dan mengambil masa lama sehingga beberapa jam sebelum jatuh ke tanah atau lantai. Ini sebabnya kita disaran menutup mulut dan hidung dengan tisu setiap kali bersin atau batuk.

Virus ini memasuki saluran pernafasan dan menyerang sel dalam nasofarinks (bahagian antara hidung dan tekak). Apabila memasuki sel, virus ini membahagi dengan cepat untuk menghasilkan lebih banyak virus baru.

Rhinovirus ada tempoh inkubasi (waktu antara jangkitan dan mula menunjukkan gejala serangan) yang pendek iaitu antara satu hingga tiga hari. Namun, waktu virus paling mudah berjangkit ialah sehari sebelum seseorang itu mengalami gejala selesema dan berlanjutan selama lima hari. Ini bermakna sebelum kita tahu seseorang itu selesema, dia sudah boleh menjangkiti orang lain.

Virus paling mudah berjangkit dalam persekitaran yang padat dan ramai orang. Ini sebabnya kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian sangat mudah mendapat selesema dan mereka juga menjadi pembawa virus paling berkesan kepada ahli keluarga lain.


Selesema jarang menyebabkan sakit kepala dan demam. Jika ia berlaku, itu tandanya anda diserang virus influenza yang lebih berbahaya. Gejala biasanya lebih teruk pada bayi dan kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan demam. Biasanya gejala selesema berlanjutan antara lima hingga tujuh hari, tetapi batuk mungkin berterusan sehingga 14 hari.

dengan ini saya ingin memperkenalkan SHAKLEE Family Wellness Set yang bertujuan untuk MEMBERIKAN NUTRIEN YANG BERKHASIAT SUPAYA ANDA SEKELUARGA KEKAL BERKENAGA DAN SIHAT.....







SHAKLEE Family Wellness Set terdiri daripada: ESP, Vitalea (multivitamin), VitaC dan B-Complex. Ia bertujuan untuk:


•Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh

•Membantu anda berasa lebih bertenaga

•Menguatkan sistem imun anda

•Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat.

6/23/2012

Cara saya atasi selsema, rasa nak demam, sakit tekak

Dulu2..sebelum saya kenal shaklee...rasa nk demam @ demam je mesti telan paracetamol... asal demam je..panadol... tapi sekarang...NO...NO...NO... tidak lagi...sy xmo ambik panadol lg dah...!!! kenapa???



paracetamol...bahaya????
Lazimnya kalau kita demam atau sakit kepala, kita akan mencari ubat yang bernama panadol (paracetamol). Memanglah ubat ini akan memberi kelegaan dalam masa yang singkat.Tapi terfikirkah kalian bahawa kesan JANGKA masa panjang pengambilan ubat ini akan memudaratkan anda terutamanya akan merosakkan hati jika pengambilannya diambil secara berterusan.

Tentunya anda semua sudah sedia maklum dengan ubat paracetamol atau lebih popular dengan nama panadol ataupun ubat KK. Ubat ini selalunya kita ambil ketika kita sedang demam(antipyretic). Selain berfungsi sebagai ubat untuk melegakan demam, paracetamol juga digunakan sebagai ubat penahan sakit (analgesik, pain reliever).

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh para profesor di Universiti Kaherah, ubat paracetamol dikatakan sebagai ubat yang paling selamat digunakan, berbanding ubat-ubatan lain di pasaran. Walaupun ia dikatakan ubat yang paling selamat, namun paracetamol tetap mempunyai kesan sampingan, lebih-lebih lagi kalau ianya diambil dalam jumlah dos yang tinggi dan tanpa kawalan. Jadi, kalaulah ubat yang paling selamat pun tetap mempunyai kesan sampingan, apatah lagi ubat-ubatan yang lain.



Antara kesan-kesan sampingan akibat dari pengambilan jangka masa panjang ubat paracetamol ialah:

1) Hepatotoxicity(rosak hati): Sekiranya orang dewasa mengambil paracetamol sebanyak 10 g atau lebih dalam sehari, atau 5 g atau lebih sekiranya diambil oleh kanak-kanak, ia boleh merosakkan hati dan boleh membawa maut. Mereka ini memerlukan rawatan N-acetylcysteine (NAC) dengan secepat mungkin. Manakala pengambilan setiap hari paracetamol dan juga secara berpanjangan pula walaupun hanya 4 g sehari sudah boleh menyebabkan toxicity dan juga maut. Paracetamol juga tidak boleh diberikan kepada mereka yang mempunyai penyakit hati (liver failure). Perlu diingatkan juga bahawa jangan sekali-kali memberikan paracetamol kepada mereka meminum arak ataupun mengambil ubat phenobarbitol. Kedua-duanya ialah HME inducer, dan akan menyebabkan kesan buruk kepada hati akan berganda kemudian akan menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi.

2) Nefrotoxicity (rosak buah pinggang). Phenacetin iaitu struktur asal paracetamol boleh mengakibatkan penyakit fatal chronic interstitial nefritis.

3) Methemoglobin dan haemolytic anaemia boleh terjadi kepada individu yang mempunyai penyakit G6PD deficiency.

4) Allergic (pada sebahagian individu).

*** Nasihat: Sekiranya anda perlukan paracetamol @ Panadol, pastikan anda tidak mempunyai penyakit hati, tidak mengambil alcohol, tidak mengambil ubat yang merosakkan hati seperti phenobarbitol dan juga tidak mengambil lebih daripada 10 g sehari (dewasa) atau 5 g (kanak-kanak). Jangan menggunakan paracetamol setiap hari secara berpanjangan macam korang semua makan vitamin.

_________________________________
sebab tu la saya x ambik dh paracetamol...tapi saya beralih kepada suplemen tambahan....

jika saya rasa nk demam, sakit tekak, seram sejuk, demam,..saya ambik vitamin C..tp bukan sebarangan vitamin C...saya ambik vitamin C shaklee... sebab apa??? mesti la ada reasonnya kan???





- Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa. Ia akan melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dalam masa 5 jam (ia mempunyai 5 lapisan perlindungan..jadi setiap 1 jam..1 lapisan dilepaskan). Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. 

- menjaga salur darah, 

- sebagai antioksidan 

- membantu meningkatkan antibodi ibu dan kandungan antibodi di dalam susuibu untuk anak yang sedang menyusu. 

- bagi ibu2 yg menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh...

- kulit makin bersih, cerah & cantik. 

- membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

- sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

- Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan  

- sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. 

- Ianya juga membantu dalam penghadaman zat 

- vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.



PLUS : JAMINAN SHAKLEE :" always safe, always works, always green"


Ia dr bhn semulajadi, tiada silika gel, tiada pewarna n perisa tiruan... sgt2 selamat diambil walau utk jangkamasa panjang

best tak suplemen Shaklee nih??? bestkan... tips utk anda...jika rasa nk demam, selsema, batuk2, demam, sakit tekak, ambik la vitamin C shaklee..patah dua dulu..br telan dgn air kosong segelas. kenapa kena patah dua??? seperti yg sy mention di atas... ia berkonsepkan sustained released..ada 5 lapisan perlindungan...jika x patahkan... ia akan bertindak setiap 1 jam...tapi jika kita rasa x sihat..kita patah dua utk patahkan lapisan perlindungan dlm vitamin C tu..jd ia akan bertindak sertamerta...(booster)..sy ambik 2 bj terus :)))

itulah cara saya jika saya rasa x sihat... :) SHaklee terbaik InsyaALlah

berminat??? jom dptkan suplemen shaklee anda sekrg. exclusive consultation utk pelanggan saya

sumber : www.yourfabulousmom.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...