Ads 468x60px

Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts
Showing posts with label INFO SIHAT. Show all posts

11/18/2012

SPECIAL INFO UNTUK YANG GEMAR MINUM AIS




Orang² tua cakap, tak elok amal minum air sejuk/batu/peti. Ye takkk? Hee. Sebab ape eh? Mari kita siasat & tengok sendiri kesan minum air batu pada paru-paru. Jom buat eksperimen:

1) Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air.

2) Biarkan di atas meja untuk tempoh beberapa minit.

...3) Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas.

Sooooo, ape yang kite nampak? Ye, ade titisan air di permukaan luar gelas kan. Haa tulah peluh² air batu tadi. Jadi, kite boleh simpulkan, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Cewahhh, belajar sains pulak. Hee. :)

Begitu juge halnya dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran itu terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity) tau.

Contohnye, bile seseorang minum air batu seperti jus apple atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk danalveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Paham ke tuh? :p


Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul, maka ini akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Haa, itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila buat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak cukuppp! Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindakbalas iaitu tapak tangan lembap dan basah.



Cube pantang minum ais setahun. Tengoklah sendiri, anda akan jimat bape KG. Hee.. (maafkan hamba kalo salah info yer… ^_^)See more

10/12/2012

7 PUNCA UTAMA CEPAT LAPAR

1) Minum terlalu banyak minuman manis

- Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.


(2) Makan makanan bertin

- Makanan di dalam tin terdedah

kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.


(3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi

- Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

(4) Tidak makan sayur-sayuran

- Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(5) Tidak minum teh kurang gula

- Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

(6) Kurang minum air masak

- Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang. Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

(7) Kebosanan

- Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.


Memperkenalkan CINCH SHAKE makanan protein yang memberi rasa kenyang dan membantu utk diet yang sihat.



Campuran Proprietari Protein dengan Leusina

• Bebas Laktos

• Rendah glisemik

• Soya Bukan-GMO

• Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa

anda menurunkan berat badan

• Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang

dan puas

• Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan


■Cinch Shake memberi jawapan segera kepada persoalan Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?” atau “Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?” .Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.

■Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.

■Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting.

■Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda:

■Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

■Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

■Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

■Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

■ Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

■Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

■Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

■Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan..(soya bukan GMO)







Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.





10/10/2012

25 Tanda Sakit

http://www.izuee.com/wp-content/uploads/2011/08/sick.jpg
Artikel ini sangat bagus untuk rujukan kita semua. Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Kalau ada tanda-tanda ni,jangan malu jangan segan,pergi la jumpa doktor,periksa apa yang patut..mencegah itu lebih baik dari merawat… dari apa yang aku tahu,penyakit ni kalau dirawat awal-awal… peratus untuk sembuh tu lebih besar… tapi kalau dah melarat tu,susah la sikit… walaupun itu semua adalah ketentuan Allah,tapi kita disuruh untuk berikhtiar dalam menjamin kehidupan yang lebih baik.Orang mukmin yang cergas itu lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah.



Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati)

Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan Kita sedang dalam proses pembuangan toksin. Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

Keluar tahi Mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

Keluar air Mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.

Ketegangan Mata Dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2.HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong)

Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

Bersin ; Proses membuang toksin di bahagian kerongkong,proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3.BATUK

Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa Hari memakan RG..

Batuk Dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong Dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4.KERONGKONG

Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan Kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

Bibir pucat

A. Sistem penghadaman yang lemah.

B. Perut mengandungi angin.


C. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna Dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

2. Bibir kering Dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6.MULUT DAN LIDAH (Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah)

Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7.TELINGA (Berkaitan dengan buah pinggang)

Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi Dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8.KULIT BERPELUH :

A) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9.RUAM DAN BISUL

Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10.KULIT GATAL DENGAN RUAM

Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR

Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR

Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

A. Sakit Sendi

Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan Dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

Tidak rasa panas .Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

B) Kebas Tangan : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

C) Kebas Tangan Kiri Dan Lengan : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.

Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan Dan kekal di sana , ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
D) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

E) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman Dan duduk terlalu lama.

F) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

G) Rasa Panas Di Tapak Kaki : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga bati
H) Gatal Celah-celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA.

Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung Dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA

Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental Dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

I) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

Ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA

Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING

Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

A. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah.. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

B. MUNTAH DARAH

Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong

Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

A) KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

B) AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

C) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

D) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

E) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

A) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

C) NAJIS BERDARAH

Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

D) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

A) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan?saluran darah.

Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang berlebihan.

C) BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

D) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT

Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH

Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT

Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

Sistem jantung yang lemah.

Sistem saraf otak yang lemah.

Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL

Sistem penghadaman yang lemah.



10/07/2012

Kenapa anda letih?


Adakah anda sentiasa rasa penat berpanjangan, jom kita tengok sebab2nya :

7 SEBAB UTAMA LETIH DAN PENAT BERPANJANGAN




1. Dehidrasi (Kekeringan air dalam badan)

Kajian menunjukkan walaupun kita kehilangan air pada kadar yang sederhana, daya tumpuan dan mental boleh terganggu dan lembap. Keadaan ini menyebabkan badan letih dan lemah. Sekiranya anda rasa letih atau tidak mampu berfikir dengan baik, cuba minum 1-2 gelas air dan lihat kesannya.

2. Aktiviti berlebihan

Jika jadual harian anda padat dengan pelbagai aktiviti yang memerlukan tenaga dan pergerakan yang kerap, anda mungkin mengalami keletihan dari segi mental dan fizikal. Begitu juga jika anda aktif bersukan dan bersenam secara berlebihan, anda akan mengalami keletihan pada otot dan badan. Jenis pekerjaan juga boleh menyebabkan anda keletihan.

3. Ubat-ubatan

Sebenarnya banyak ubat-ubat sintetik yang memberi kesan sampingan negatif seperti rasa letih dan mengantuk. Contohnya ubat bersifat anti-depresi dan ubat yang penghalang beta seperti ubat migrain dan darah tinggi.

4. Kurang Zat Besi

Zat besi adalah antara unsur mineral yang diperlukan tubuh dalam proses mengangkut oksigen ke sel-sel dan membawa keluar bahan buangan dari sel. Sekiranya anda kekurangan zat besi, fungsi tubuh tidak dapat berfungsi dengan normal hingga menyebabkan anda berasa letih.

5. Tidur kurang berkualiti/ tidak lena

Bukan mudah untuk dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Ramai yang gagal tidur berkualiti disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. tidur yang cukup bukan semata-mata untuk kecantikan, yang lebih penting ia mempengaruhi tahap kesihatan

6. Keadaan Kesihatan

Berhati-hati, keletihan anda mungkin petanda keadaan kesihatan kurang baik. Terdapat beberapa penyakit yang dikaitkan dengan keletihan seperti masalah penghadaman, penyakit berkaitan kardiovasukular, kanser, penyakit autoimun, penyakit hati dan banyak lagi. Mengandung juga boleh menjadi punca anda keletihan.

7. Stress

Keadaan stress seseorang boleh menyumbang kepada keletihan. Orang yang stress akan mudah rasa letih. Bukan setakat tubuh fizikal yang akan letih, mental juga akan turut merasainya.

TANDA/ SIMPTOM KELETIHAN



Kebanyakan orang yang mengalami keletihan mendakwa mereka akan mempunyai salah satu atau kombinasi dari simptom-simptom berikut

■Kurang bertenaga

■Rasa tidak selesa

■Rasa tidak sihat

■Rasa mengantuk

■Rasa kurang semangat/ motivasi

■Sukar beri tumpuan

■Sukar buat keputusan

■Sukar sempurnakan tugas harian

■Rasa tertekan


TIPS ATASI KELETIHAN

1. Tidur berkualiti : tetapkan rutin tidur yang sihat, kosongkan fikiran anda sebelum tidur, dapatkan tidur yang mencukupi kerana waktu tidurlah mental dan fizikal anda berehat setelah seharian bekerja

2. Makan dan minum dengan betul : amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sihat, jangan makan terlalu banyak terutamanya beberapa jam sebelum tidur, kurangkan pengambilan kafein, ambil suplemen untuk mengisi kekurangan nutrisi anda

3. Bersenam : Kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara konsisten akan dapat menngurangkan faktor risiko yang menyebabkan keletihan berpanjangan. Badan yang tidak cergas akan mudah keletihan.


SUPLEMEN YANG DAPAT MEMBANTU

Saya juga mengalami keletihan. Sepanjang hari bekerja dan menguruskan rumah tangga memberi kesan kepada tahap kecergasan saya. Bagi saya, selain mengubah cara hidup ke arah gaya yang lebih sihat, saya juga memilih untuk mengambil suplemen dari Shaklee untuk membantu saya menangani masalah keletihan ni. Berikut adalah cadangan untuk mengatasi masalah ini :

■VitaLea Iron Formula - mengandungi 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik

■Sustainable Release Vita C - mengisi kehilangan vitamin c yang mudah berlaku ketika melakukan aktiviti harian. Membantu meningkatkan sistem imun badan

■B Complex - mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik. Membantu proses metabolisma makanan kepada tenaga serta mengurangkan stress.

■ESP Soy Protein Isolate Powder - Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan

rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. Juga mambantu mengurangkan stress.

■OsteMatrix - mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan menyeluruh. Kalsium membantu kesihatan otot dan saraf serta mendapat tidur lebih lena

■Cinch Energy Tea Mix - alternatif kepada minuman teh dan kopi kegemaran anda. Membantu meningkatkan tenaga secara semulajadi.

credit to: Bigsmilezone






10/04/2012

Kesan Panadol (paracetamol) Kepada Kanak Kanak

 
ibu bapa, harap ambil perhatian kepada perkara ini. Panadol merupakan ubat yang boleh dibeli di kaunter ubat tanpa preskripsi daripada doktor. Oleh sebab itu, ada segelintir ibu bapa yang sering memberi anak anak mereka Panadol ini sewaktu sakit secara kerap.

Masalah Panadol ialah, ubat ini menghasilkan radikal aktif yang dapat merosakkan hati (liver). Dalam individu dewasa yang sihat, hati mempunyai keupayaan yang besar dalam menyingkirkan bahan radikal ini melalui saluran hempedu (melalui mekanisma konjugasi dengan glucorinide). Walaubagaimanapun, kanak kanak mempunyai kurang kebolehan menyingkirkan radikal ini menyebabkan pengumpulan radikal ini di hati. Kanak kanak yang amat terjejas ialah yang berumur di bawah 2 tahun kerana hati masih dalam proses pembinaan sistem perkumuhan di hati.

Sekiranya bahan radikal ini berkumpul dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan kerosakan hati yang amat serius dan seterusnya menyebabkan hati tidak dapat berfungsi. hati yang tidak dapat berfungsi dapat membawa kemudaratan kepada kanak kanak tersebut sehingga boleh membawa kematian (dalam kes akut).

Disarankan agar ibu bapa memberikan anak anak mereka Panadol dalam dos yang kecil (setengah biji) atau panadol kanak kanak (Panadol for children) untuk mengurangkan kepanasan dan sakit kepala anak mereka. Panadol masih lagi digunakan dalam kanak kanak kerana alternatifnya (aspirin) tidak sama sekali boleh digunakan kepada kanak kanak. Aspirin dilarang penggunaannya kepada kanak kanak kerana ia boleh menyebabkan pendarahan otak (brain hemorrhage) kerana salur darah kanak kanak adalah lembut dan mudah dirosakkan oleh darah yang cair (dicairkan oleh aspirin apabila faktor penggumpal darah thromboxane A2 direncat).

Walaupun panadol boleh didapati di kedai kedai, ibu bapa harus prihatin dengan bertanyakan doktor agar dos yang sesuai dapat diberikan kepada anak anak untuk memastikan masalah kerosakan hati dapat dielakkan.

CEGAH SEBELUM PARAH.... berikan anak anda peluang untuk hidup dengan lebih baik dengan mengekalkan kesihatan mereka dengan cara yang terbaik.......
 

Meal Shakes
-Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
-Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
- Rendak lemak dan rendah glisemik
-Sumber protein dan kalsium

-Mengandungi fiber untuk tangani sembilit anak2

-Sesuai untuk anak2 yg obes juga
-Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.

OmegaGuard
-Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
- Meningkatkan sistem imunisasi
- Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
- Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.


  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak dan keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat).
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Utk sistem imun badan, membaik pulih sel, sistem pencernaan,mengawal suhu badan.
Chewable Vita-C @ 100mg
-Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
-Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
-Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
-Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
-Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan

Vita-Lea® for Children Chewable
-Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
-Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
-Baik untuk kesihatan
-Sumber harian tambahan bagi vitamin


Read more: http://www.blog.kesihatanonline.com/2011/03/kesan-panadol-paracetamol-kepada-kanak.html#ixzz28Fke6s6C

10/02/2012

5 makanan terbaik untuk kesihatan anda dan ibu bapa anda

Assalamualaikum. Anda tahu ape makanan yg terbaik untuk orang tua anda? dibawah ni saya share 5 jenis makanan terbaik untuk orang tua kita berserta penerangan kenapa ianya perlu. Ini adalah hasil pembacaan saya dari Majalah Kesihatan dan Kecantikan. Tips ini juga boleh diamalkan untuk diri kita sendiri sbgai persediaan menghadapi hari tua yang aktif dan sihat!Happy reading!

1. Sayuran Hijau Berdaun

 


  • Kenapa diperlukan : Untuk kesihatan Mata. Orang2 tua sangat mudah diserang penyakit katarak. Mengikut kajian, about 60% warga Tua yang berumur 60 tahun ke atas akan mula mengalami masalah katarak sama ada sedikit ataupun bnyk.
  • Sayuran Hijau berdauin mengandungi lutein (sejenis bahan antioksidan) yang mampu melindungi proses oksidan dlm mata yang menyebabkan selaput.
  • Selain Katarak, Lutein juga mampu melindungi masalah penglihatan lain seperti macular degeneration

2. Oat

 

  • Kenapa diperlukan: Untuk merendahkan tekanan darah
  • Tekanan darah tinggi yang biasa dihidapi oleh warga emas sangat berisiko memberikan serangan jantung dan strok. Makanan yg tggi dgn serat seperti oat dan roti tinggi serat dapat membantu mengurangkan kadar kolestrol dan merendahkan tekanan darah
  • Kebaikan makanan bijirin yg tggi serat spt oat ini akan membantu penyerapan gula dlm darah secara terkawal dan membekalkan tenaga berterusan dan mampu mengawal Diabetes Jenis 2.
  • Satu kajian dari Universiti di US mendapati bahawa, memakan oats sbnyk 6 kali sehari dapat mengurangkan tekanan darah.
3. Beras Perang
 


  • kenapa diperlukan: Untuk Tenaga
  • beras perang adalah sejenis "whole grains" yang bermaksud, bhgn luarnya masih tidak dibuang untuk mendedahkan bhgn dalamnya yang putih.
  • Secawan beras perang memberikan 90% unsur manganese iaitu sejenis mineral yang digunakan untuk menukar protein dan karbohidrat kepada tenaga
  • beras perang juga mengandungi 90% kandungan Fiber dan zat besi berbanding beras putih biasa.
  • kandungan Vitamin B adalah 70-90%
  • Makanan yg tggi dgn fiber akan memberikan rasa kenyang dgn lebih lama.
  • Wanita yang mengambil makanan yg mengandungi bnyk fiber akan lebih kurang risiko dlm 49% untuk gemuk berbanding wanita yang makan beras atau roti putih

4. Ikan
 

  • Kenapa diperlukan: Untuk kesihatan sendi
  • Ikan merupakan mknn yg sgt kaya dengan Omega-3, asid lemak perlu untuk badan kita yang sangat berguna untuk kesihatan sendi.
  • Asid lemak ini mampu menukar enzim yang merosakkan rawan menyebabkan kesakitan dibahagian sendi
  • amalkan memakan ikan spt mackarel, salmon, tuna dan sardin sekurang2nya 2 kali seminggu untuk mendapatkan Omge-3 yg lebih kerana ikan2 yg berminyak/berlemak lagi bnyk kandungan omega-3 nya

5. Telur
 

  • kenapa diperlukan : untuk jantung yang lebih sihat
  • Ramai yang mengatakan telur tidak bagus untuk jantung, tetapi kajian dari Harvard School of Public Health in US, telah menemui tiada kaitan yang significant antara telur dan penyakit jantung
  • Satu Kajian juga yang disiarkan dalam Biological and Pharmaceutical Bulletin teleh menjumpai bahawa protein di dalam kuning telur dapat memperlahankan proses pembekuan darah di saluran jantung yang dpt mengurangkan risiko serangan jantung
  • telur juga mengandungi kandungan lutein yg dapat memelihara penglihatan yg baik
  • sebaiknya amalkan memakan telur ayam kampung kerana ianya fresh dan organik dan kandungan zat yg tggi.

note : Whole grain merupakan bahan makanan yang tergolong biji-bijian (serelia), namun setelah diproses masih mengandung bran (dedak), endosperm (lembaga), dan germ (embrio) secara proporsional. Contoh bahan makanan yang tergolong biji-bijian antara lain padi, gandum dan jagung. Sedangkan contoh whole grain yang berasal dari padi adalah beras merah, karena masih mengandung ketiga bagian yang disebutkan diatas. Nasi putih (white rice) tidak termasuk whole grain karena ada beberapa bagian yang hilang pada saat penggilingan, yaitu bekatul dan dedaknya.

ha,,, bagaimana? sgt berguna kan info2 ini?? jom kita sama2 mengamalkannya untuk mendapat kesihatan yang sejahtera. hargai kesihatan kurniaan ALLAH dgn mengamalkan diet yg sihat! (^_^)v

http://rashidahjuhari.blogspot.com/2012/07/top-5-foods-for-your-parents-and.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...