Ads 468x60px

9/29/2012

Photo: Shaklee VitaLea with Iron Formula

-Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Kebiasaannya, sekitar usia anak mencecah 6 bulan, kita di syorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanan anak. vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg... 
-ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak ...mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak. 
-Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tak bermaya.Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan. 
-atasi masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.See more

PERCAYA ATAU TIDAK??

♥ VITALEA adalah multivitamin pertama yang wujud di dunia iaitu pada tahun 1915. Dan pada waktu tu, ia dalam bentuk cecair dan namanya "vitalize-mineral" bila disingkatkan jadi vitamin...

♥ Dan....perkataan VITAMIN yang kita selalu sebut sekarang ni, bermula daripada Shaklee tau....


♥ Setiap tablet VITALEA mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting!

♥ Tablet VITALEA ni disalut dengan serbuk spirulina dan ia merupakan tablet multi-vitamin yang PALING PANTAS larut dalam air & dalam tubuh manusia....Dan ianya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas dalam USUS KECIL.

♥ Ujian klinikal membuktikan pengambilan VITALEA Shaklee selama setahun, boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.

Dan....
♥ Inilah rupa "THE BEST MULTI-VITAMIN" yang telah dipilih oleh Centre of Science di US pada tahun 2000.

**Jadi...apa anda tunggu lagi...Book your VITA-LEA now!!!


9/26/2012

Can u spot a different?


Can u see the different... setelah mengamalkan supplimen shaklee seperti Vitamin C + B Complek + Alfalfa + Vitelea and ESP.. dan skang nak berjinak2 dgn Collagen Powder Shaklee plak.....

Disamping dapat brbf secara exclusive untuk si kecik tu... saya dapat menjaga kesihatan dalaman dan dan luaran di samping mendapat kulit yang cerah, parut2 lama makin pudar, kulit muka rase tegang dan berglowing jerr (hehehe kena puji diri sendiri dulu).  Honestly saya hanya memakai bedak sahaja.... tanpa pelembab dan tanpa foundation... itu luaran....

Aspek dalaman pula.. badan sentiasa bertenaga sentiasa rase fresh jerr... bak kata org sentiasa bersemangat jerr...jarang mendapt penyakit (alhamdullilah.. AMIN) walaupun kerja menimbun2.. almaklumlaaa pengusaha dobi kena basuh kain banyak...  dan saya jugak secara tak langsung dapat membekalkan si kecik tu dgn nutrisi2 untuk pembesaran dan perkembangannya melalui susu badan saya. Akhir kata... tak rugi jika anda mencuba SHAKLEE jika anda pentingkan kesihatan yang menyeluruh....

9/25/2012

Info untuk ibu hamil



Ibu hamil memerlukan makanan lebih banyak daripada biasa. Selain untuk keperluan dirinya, ibu hamil juga harus makan untuk janin yang dikandung. Agar janin dapat berkembang dan membesar dengan baik, makanan ibu hamil harus memenuhi keperluan gizi berikut.


Protein.
******
Selain sebagai sumber kalori, protein juga diperlukan
untuk pembentukan sel dan darah. Ibu hamil memerlukan protein sebanyak 60 gram setiap hari (lebih banyak 10 gram dari biasanya), yang dapat diperoleh dari daging, ikan, putih telur, kacang-kacangan, tahu dan tempe.
~~untuk lebih mudah dan khasiat yang terpelihara, consume jek ESP..kan senang...:-)

Kalsium.
*******
Pengambilan kalsium 1000 mg/hari diperlukan untuk menjaga pertumbuhan tulang dan gigi, kontraksi otot dan sistem syaraf.

Vitamin D.
********
Vitamin D berguna untuk pembentukan tulang kerana membantu penyerapan kalsium.
~~Jadi, consume lah OSTEMARTIX yang lengkap dengan vitamin D supaya penyerapan kalsium lebih OPTIMUM.

Vitamin A.
*******
Vitamin A bermanfaat untuk pemeliharaan kulit, fungsi mata dan pertumbuhan tulang. Namun begitu, pengambilan vitamin A tidak boleh berlebihan karena dapat mengganggu pertumbuhan embrio..(ingat ye!!)

Zat Besi.
*******
Zat besi banyak diperlukan untuk pembentukan darah. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan anemia yang berbahaya bagi ibu dan bayinya. Suplemen zat besi mungkin diperlukan mulai minggu ke-20 kehamilan, terutama bila ibu hamil memperlihatkan tanda-tanda anemia. Ibu hamil memerlukan zat besi 30 mg/hari atau dua kali lipat dari biasanya.
~~Seeloknya, pengambila zat besi diambil seawal kehamilan lagi..Dan bagi anda yang mempunyai masalah Hb rendah, boleh mengambil VITALEA 2biji sehari..

Vitamin C.
********
Vitamin C bermanfaat memudahkan penyerapan zat besi oleh tubuh, selain untuk menjaga kesehatan gigi dan gusi..Dan membantu ibu untuk meningkatkan imunisasi badan...












* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

9/22/2012

GLA Complex Shaklee lebih bagus daripada Evening Primrose Oil?

Umum mengetahui EPO adalah sangat sinonim dengan wanita yang sentiasa mahu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tetapi tahukah anda, di Shaklee juga terdapat satu produk yang mampu menandingi kehebatan EPO?


Perbezaan Shaklee


Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO!



Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.


Keistimewaan GLA Shaklee



1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik

Manfaat Utama

Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina

Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS

Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus

Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing

Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser

Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis

Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi

Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung

Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki)

Lecithin


Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.


Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin.


Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.


Kandungan Lecithin
=============
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
Kolin – satu komponen neurotransmitter
Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan


Kegunaan Lecithin

PALING UTAMA
===========
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
Menurunkan total serum kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
Membantu kawal paras triglycerides
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
======================


Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak, fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA
=============
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb


UNTUK PENGHADAMAN
=================
Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL
======
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
========================================


Fungsi utama lecitin adalah sebagai "Fat Emulsifier" ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Kepada mereka yang nak kuruskan badan, nak kurangkan tahap kolestrol dalam badan atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan

9/18/2012

Warna kuku petanda masalah kesihatan


Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa kuku pada jari boleh menunjukkan tahap kesihatan seseorang. Kelainan atau perubahan dalam warna tekstur kuku mungkin menjadi tanda penyakit dari anemia hingga penyakit jantung. Dr Philip Fleckman, dermatologi dari Universiti Washington menggunakan kuku pesakitnya untuk melihat tahap kesihatannya. Caranya adalah dengan memerhatikan warna kuku.

1. Kuku berwarna merah jambu - merupakan suatu petanda kuku sihat.

2. Kuku yang berwarna keputih-putihan atau pucat - merupakan tanda kekurangan zat besi dan berkemungkinan mempunyai penyakit kronik.

3. Kuku berwarna gelap di bahagian luar menandakan adanya risiko penyakit ginjal.

4. Kuku warna kebiru-biruan atau 'cyanosis' - menunjukkan bahawa hemoglobin yang membawa oksigen di dalam darah mengalami kekurangan oksigen.

5. Kuku yang berwarna kuning - biasanya merupakan reaksi terhadap bahan-bahan kimia atau asap rokok. Sindrom kuku berwarna kuning dapat dipastikan dengan pertumbuhan kuku yang tebal dan lambat selain adanya gejala batuk dan sinus. Ia menunjukkan penyakit paru-paru.

Bagaimanapun tidak semua perubahan warna kuku menunjukkan penyakit. Beberapa kuku yang berwarna keputih-putihan dan tebal merupakan kuku normal, berkaitan dengan usia. Garis vertikal dan bintik kecil putih juga adalah sesuatu yang normal.



Untuk lebih sihat apa kata anda boleh ambil Set Kesihatan Optimum untuk anda dan keluarga lebih sihat dan ceria.
Multivitamin, B coms, dan Vitamin C.

Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, dan pelajar)

Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya

Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit

Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk

Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih

Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

9/16/2012

SHAKLEE COLLAGEN POWDER: Kolagen terbaik di Pasaran?


Kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan KULIT, RAMBUT, KUKU, LIGAMEN,OTOT, TULANG, SENDI, TENDON,MATA, GUSI & SALURAN DARAH. – kiranya kolagen bukan sekadar untuk kulit dan kecantikan ye malah lebih dari tu. Ianya supplemen asas untuk kesihatan yang optimum disamping kecantikan luaran :)

*80% dari tulang adalah kolagen
*Kornea juga adalah kolagen
Penting kan kolagen? Sebab tu ramai yang mengambil kolagen setiap hari..ok, Kali ni Adaa cuma nk focus pada SHAKLEE DIFFERENCE, yg lain2 dlm next entry ye :)

1. KOLAGEN DRPD SISIK IKAN MERAH
Kolagen ni datangnya dari bnyk sumber, ada produk yang berasal dari tomato, blueberry, brokoli, rumpai laut mcm2 lah ..Tapi Kolagen Shaklee berasal dari sisik ikan merah..Kenapa ye?
Tahukah anda ikan merah hidup secara bebas dalam lautan sedalam 5000m (5km)? Makin dalam lautan tu makin tinggi tekanannya kan dan sebab tulah ikan biasa sukar untuk hidup dalam kedalaman tersebut. Berbeza dengan ikan merah, ikan merah boleh menahan tekanan sehingga 20 pound ( 9kg), bertelur dan hidup bebas dalam kedalaman tersebut. Sebab inilah ikan merah sumber kolagen terbaik dan tahan lasak:
  • Sangat lasak dan elastik
  • Kepaduan sel yang sangat tinggi
  • Tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • Jisim molekul yang sangat rendah

2. JISIM MOLEKUL YANG SANGAT RENDAH
Jika anda lihat dalam gambar diatas, bilangan asid amino dalam molekul biasa (300000 dalton) sangat besar dan sukar diserap oleh tubuh..bukan tidak diserap langsung tetapi drpd 100% mungkin yang sampai kedlm sistem cuma beberapa %, secara mudahnya kurang dari 100%.
Berbeza dengan SCP, bilangan asid amino cuma 3 (1000 dalton) dan ini memudahkan penyerapan kedalam sistem badan. (Penyerapan Unggul) Jadi tiada yang terbazir dan kesan nya akan dapat dirasai lebih cepat!
Kolagen lain yang mempunyai jisim >300 000 dalton perlu melalui Stomach Digestion –> Intestinal Digestion –> Breakdown protein into amino acid..banyak kan prosesnye dan yang sampai ke lapisan dermis pun tidak 100%.
Shaklee Collagen Powder yg mempunyai jisim molekul 1000 dalton, sgt ringan dan mudah diserap ke lapisan dermis. HIGHEST ABSORPTION-WITHOUT DIGESTION


3. Lebih Daripada Hanya Kolagen
Lazimnya kalau kita beli kolagen, kolagen jelah kita dapat kan? Tapi berbeza dengan Shaklee ye..Shaklee Collagen Powder turut memberikan PENGHIDRATAN (MOIST), KEANJALAN (ELASTIN), DAN ANTIOKSIDAN.
SCP dilengkapi dengan asid hidraulik yang dapat mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air. How cool is that?
Kolagen ikan, kerang-kerangan dan bakteria Lactobacillus acidophilus pula memberikan kesan elastik yang menakjubkan. Ianya mengekalkan keanjalan kulit tegang, boleh melantun apabila dicubit..Kehadiran bakteria baik ni turut membantu dalam penyerapan unggul!
Apa fungsi setiap bahan dalam SCP?
Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir bg sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidak selesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
Vitamin c: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga yang penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Masih ragu? Tiada yang sehebat SHAKLEE COLLAGEN POWDER! :D
 

9/12/2012

MASALAH BADAN BERBAU



Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
- Kerap mandi
- Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- Berhenti merokok.

Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:

* Alfalfa Shaklee - Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

* Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

* Herba-Lax Shaklee - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.

Kenapa vitamin tiada kesan pada saya ?

 



 
 
 
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau suplemen
Mengapa ini terjadi ?
Salah produk atau salah individu itu sendiri ?
Pasti rasa menyesal kerana apa yg dilaburkan langsung tak berbaloi...
 
Mengapa ya???
1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.
credit : www.Anakkuwiraku.com

9/07/2012

ZIKIR..BOLEH AMALKAN UTK MENJANA CAJ2 POSITIF...


Zikir mampu menjana energi positif kepada tubuh diri kita sendiri.Kesannya seseorang itu akan lebih positif dari sudut tingkah laku serta mampu mengharungi rintangan hidup dunia yang penuh cabaran dan pancaroba.

RECHARGE POSITIVE ENERGY- untuk stamina, kesegaran, ketenangan yang efektif selama 8 jam

- Mengucap 2 kalimah Syahadah 3 x

- Selawat nabi 3 x

- Ta'awudz : 1x
A'uudzu billahi minasy syaithaanir rajiim

- Istighfar : 1x
Astaghfirullahal adzhim aladzi laa illaha illa huwal hayul qoyyum wa'atubu ilaih

- Haukallah : 1x
Laa haula wala quwwata illa billahil'aliyyil 'adziim

- Al fatihah 1x
- Al Ikhlas 1x
- Al Falaq 1x
- An naas 1x
- Ayat kursi 1x

- ALLAHU AKBAR (saat mengucap Allahu Akbar, tarik nafas panjang, tahan nafas sambil mengucap Allahu Akbar 7x. Ulangi proses ini sebanyak 9x atau 11x )

KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN AMALAN ZIKIR

Mengapa kita perlu berzikir? Apa faedah berzikir?

• Zikir adalah jambatan antara hamba dan Tuhannya, ia merupakan jalan menuju kecintaan Allah dan reda-Nya.

• Zikir merupakan pintu untuk naik dan membuka.

• Zikir merupakan mikrajnya seorang hamba kepada Khaliqnya.

• Zikir merupakan tanda-tanda orang-orang yang ingin berjalan menuju Allah dan ia adalah kekuatan hati, makanan hati, cahaya dan penerang penglihatan.

• Zikir merupakan jalan untuk menyampaikanmu kepada Tuhanmu,iaitu satu jalan yang sangat dekat dan jalan memperoleh kewalian dan menjadi orang-orang yang terpilih.

• Zikir adalah penyelamat dari azab Allah, cahaya bagi setiap mukmin di dalam kuburnya.

• Zikir adalah pakaian bagi orang mulia dan agung.

• Zikir adalah penerang wajah dan hati.

• Zikir merupakan pemberian kekuatan bagi roh dan badan.

• Zikir merupakan penghilang kebiadaban antara hamba dengan Tuhannya.

• Zikir merupakan penghalang syaitan untuk mendekat, sehingga apabila syaitan mendekat, sedangkan hamba sedang berzikir kepada Allah, maka syaitan akan menjerit ketakutan.

• Zikir merupakan penghilang kesedihan, kesusahan, menolak segala penyakit, melenyapkan kesedihan dan bala. Apabila mereka ditimpa bala, maka Tuhanlah sebagai tempat mengadu.

• Zikir merupakan taman di dalam syurga, satu tempat yang mereka akan terima dengan kebahagiaan, yang membuat hati merasa senang dan gembira.

• Zikir merupakan penghilang kekerasan hati dan mengembalikan hati menjadi bersih dan bercahaya.

• Zikir juga menyebabkan mendapat ketenangan jiwa, rahmat dariAllah dan kehadiran para malaikat. Kemudian para malaikat akan berkumpul dengan mereka untuk berzikir kepada Allah.

• Zikir merupakan naungan di dalam kubur yang gelap dan menghilangkan ketakutan, sehingga datangnya hari kiamat dan manusia berdiri di hadapan Tuhan seluruh alam.

• Zikir juga merupakan penyebab turunnya rezeki, kebaikan dan pemberian.

• Zikir adalah roh kepada perbuatan amal soleh. Apabila pada amal tidak terdapat zikir, nescaya ia seperti tubuh yang tidak mempunyai roh.

• Zikir adalah suatu jalan untuk mendekatkanmu dengan Allah dan menjadikanmu selalu diingat Tuhanmu.

9/05/2012

Jerawat Kronik Pulih Selepas 3 Bulan

Kali ini nak share tentang masalah kulit muka lagi.... tapi kali ini Jerawat Kronik. Kat bawah ni kita boleh lihat bagaimana kulit Yana pulih selepas konsisten mengamalakan supplement Shaklee. Yang ni saya copy dari blog Aula.



Menakjubkan......

Perubahan macam ni memerlukan pengambilan Vitamin-E Shaklee secara berterusan selama 3 bulan berturut-turut, bukannya ambil hari ni esok terus ok, atau ambil seminggu dah ok....


Mengapa perlu ambik masa sehingga 3 bulan, lama tu... mesti anda tertanya-tanya kan... sebabnya... sel-sel badan kita perlukan masa untuk pulih dan tempoh yang diperlukan sekurang-kurangnya 90 hari @ 3 bulan.

Dan for info, untuk merawat dan penyembuhan masalah kulit Yana yang berjerawat pada tahap sebegini tidak berlaku dengan pengambilan VITAMIN-E sahaja, dia turut mengambil VITAMIN C, ALFALFA dan MEALSHAKE.

Mari lihat peranan-peranan supplements dalam proses penyembuhan yang menakjubkan ini...

VITAMIN E :
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Membantu mendapatkan tekstur kulit yang cantik, lebih muda.
  • Sangat membantu untuk menghilangkan parut dan jeragat.
  • Vitamin antioksidan.
VITAMIN-C :
  • Membaiki tulang, gigi dan tisu penyambung
  • Membentuk kolagen yang penting untuk ketegangan dan kecantikan kulit
  • Sebagai kuasa penyembuh
ALFALFA :
  • Sumber mikronutrient paling kaya
  • Membuat sistem badan berjalan lebih lancar
  • Membantu melawaskan usus
  • Mengurangkan sembab, kelesuan dan masalah pencernaan
MEAL SHAKES :
  • Membantu membaikpulih luka atau kudis
  • Mengandungi vitamin B-complex, zat besi dan copper untuk membantu membentuk sel darah merah yang sihat dan memberi perubahan positif pada complexion kulit
So, say NO to anti-acne cream!
Kenapa ya? Sememangnya supplemen semulajadi lebih selamat!

Anda tahu tak bahaya sebenarnya bergantung pada anti-acne atau antibiotics nie?? Silap2 boleh sebab tak boleh pregant tau!! Hah nie saya petik dari skinimprovement.com


"Not all manufacturers of acne products with chemicals tell that in order to avoid side effects, such acne creams or acne pills can only be used for 2 - 3 weeks. Oral antibiotics should be used as a temporary measure in order to reduce the inflammation caused by acne bacteria. Prolonged use of antibiotics and steroids supress the immune system of our skin. Weak immune system may lead to development of such skin disorders as rosacea anddemodex.

In addition to anti pimpe gels, lotions for zits, ointments and acne pills, the chemical industry offers variety of cleansing lotions containing alkali, alcohol and even acids. The cleansers with theses chemical substances are not safe and should not be used by acne patients. The alcohol and other chemical ingredients most often over dry the skin provoking the sebum glands to produce more sebum oil. Excessive production of sebum oil is one of thereason which causes acne. You should always wash acne prone skin with natural cleansers and lotions. "



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

9/04/2012

lagi pasal vivik shaklee

 
Apa itu Vivix?
Ia adalah cecair pekat merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat, elderberi eropah, lobak ungu dan polyganum cuspidatum. Tumbuhan2 ini kaya dengan polifenol semulajadi yang tinggi, mengandungi resveratol yang bertindak sebagai anti oksida, anti kanser dan anti radang.

Siapa perlukan Vivix?
Sesuai untuk lelaki & wanita, tua dan muda. Sangat baik untuk awet muda, pemulihan selepas pembedahan dan pencegahan risiko kanser. (Tidak sesuai untuk ibu hamil dan menyusu bayi).

Bagaimana Vivix bertindak?
(1) Ia memperbaiki sel
(2) Ia mempertahankan sel
(3) Ia beri tenaga kepada sel
(4) Ia meningkatkan prestasi sel

Harga sangat menarik bulan ini, jangan lepaskan peluang!


9/03/2012

Faedah Utama Shaklee Nutriferon

 
 
 Bila cakap tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni bagus bila demam, selsema, batuk, untuk resdung kan.. tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni..

Faedah utama:
~ Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangs...
ang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

~ Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

~ Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

~ Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

~ Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

~ Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

~ Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

~ Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.

ni antara testimonial pengguna nutriferon.....

 
 



9/01/2012

VITAMIN SHAKLEE : Lebih dari 'Organik'!

 
 
Agak hangat sekarang di pasaran mengenai VITAMIN ORGANIK. Rata-rata promosi makanan kesihatan sibuk mencanangkan status ORGANIK tu. Hinggakan ada yang tanya saya, vitamin Shaklee ni ORGANIK tak?

Vitamin C semulajadi Shaklee
 
 
Cuba tengok label botol vitamin SHAKLEE... ada tak tulis 'produk Shaklee adalah Organik'? Takde kan... walaupun piawaian Shaklee memenuhi semua kriteria ORGANIK, kenapa tak dicanang title ORGANIK tu agaknya ye?

Apa itu 'ORGANIK'?

Sebelum saya kongsi fakta keistimewaan Shaklee yang 'lebih dari organik' ni, tahu tak apa maksud organik?

Vitamin Organik maksudnya vitamin tu dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik moden dalam proses tanaman atau pembesarannya seperti racun perosak sintetik dan baja kimia. Jika kita rujuk pada maksud pengiktirafan 'Certified Organic' oleh Quality Assurance International pun, 100% organic bermakna hanya bahan-bahan organik sahaja yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut.

Macamana nak pastikan 'ORGANIK'?

Pengeluar vitamin organik akan pastikan tumbuhan yang digunakan untuk buat vitamin tu ditanam dengan mematuhi standard ditetapkan iaitu tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan yang sewaktu dengannya. Tapi, mereka tidak perlu mengambil kira apa yang tumbuhan tu serap dari udara, air dan tanah.

Maksudnya, walaupun semua tumbuhan tu ikut standard ORGANIK, mungkin bahan-bahan toksik seperti racun serangga diserap dari dalam tanah, air dan udara. Pengeluar vitamin organik tidak perlu bertanggungjawab ke atas kewujudan bahan toksin pada produk akhir untuk kekalkan label 'ORGANIK' kerana standard telah dipatuhi.

Kenapa SHAKLEE 'lebih dari organik'?

Berbeza dengan Shaklee, walaupun mematuhi semua standard ORGANIK, saintis mereka masih menjalankan ujian terhadap produk akhir. Ujian yang dilakukan bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan mengambil kira semua kemungkinan bagi memastikan produk Shaklee adalah benar-benar selamat dan 'lebih dari organik'.

Bayangkan, setiap tahun Shaklee menjalankan 83,000 ujian klinikal ke atas produk nutrisi yang dikeluarkannya (sumber)

 
Apa bukti SHAKLEE 'lebih dari organik'?

Saya nak kongsi satu fakta benar 'Shaklee Different' yang menunjukkan Shaklee 'lebih dari organik'

Dulu, Shaklee pernah mengeluarkan satu produk yang dinamakan Panex Ginseng Product yang popular dikalangan pelanggan produk herba Shaklee. Produk ni kemudian dihentikan dan digantikan dengan CorEnergy (tiada di pasaran Malaysia) kerana ujikaji yang dijalankan ke atas bahan-bahan mentah mendapati kehadiran sejenis racun kulat yang dinamakan Quintozene di dalam bahan utama iaitu Ginseng Asia. Ujian tersebut mengesan kehadiran Quintozene yang sangat-sangat sedikit sehingga hampir mustahil untuk dikesan. Lot pertama bahan itu ditolak.

Kemudian beberapa lot bahan mentah dihantar lagi oleh pembekal dan bila diuji, masih menunjukkan kehadiran racun tersebut. Apabila pihak Shaklee tidak mungkin mereka memperolehi bahan mentah tanpa kehadiran racun tersebut, keputusan diambil untuk menangguhkan pesanan produk sehingga punca sebenar kehadiran racun tersebut dikenalpasti.

Saintis Shaklee mendapati akar Ginseng Asia yang berasal dari Jepun dan China ni mengambil masa 7 tahun untuk matang dan mengumpulkan ginsenosides yang diperlukan. Setelah disiasat, rupa-rupanya 7 tahun sebelum itu, banyak hujan telah turun di Jepun dan China sehingga banyak kulat terkumpul. Disebabkan permintaan ginseng yang tinggi diseluruh dunia, pembekal dari dua negara ini masih menuai ginseng-ginseng ini dan menggunakan semburan Quintozene sebelum mengeksport ke luar negara.


Ginseng Asia

Shaklee memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Panex Ginseng Product selepas penemuan itu kerana tidak memenuhi piawaian Shaklee. Ia merupakan satu keputusan yang besar kerana produk tersebut sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

(Sumber : Teks ucapan Anjama Srivastava, Senior Director of Product Marketing for Nutritional Product untuk Shaklee Corporation pada tahun 2005. Beliau nutritionist Shaklee yang terlibat dalam pembangunan produk)


Kenapa pilih SHAKLEE?

Sentiasa SELAMAT

Sentiasa BERKESAN

Sentiasa MESRA ALAM

Hubungi saya untuk pertanyaan dan maklumat lanjut...

sumber : http://www.bigsmilezone.com/2012/08/vitamin-shaklee-lebih-dari-organik.html

Promo September - VIVIX

Testimoni seorang kawan yang memberi VIVIX kepada emaknya yang mengalami stroke. Credit to ummu aiman
Assalamualaikum selamat petang..

Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..


Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..



Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...