Ads 468x60px

11/27/2012

Merapatkan Kembali Bahagian Intim

Ramai wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam pertama.

Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi.

Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita. Proses pelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan tersebut.

Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi bersaiz agak besar atau ia merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak.

Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina.

Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.

Menurut Safi Abd Rahman, Pengamal perubatan tradisional, selepas itu setiap wanita perlu melakukan rawatan tertentu untuk mendapatkan kembali bahagian intim yang rapat.

Wanita perlu fokuskan kepada jenis rawatan, penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya memainkan peranan penting untuk merapatkan kembali bahagian intim.

Rawatan

Ada pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan yang disarankan adalah berurut, bertungku, bertangas, sauna, skrub dan senaman.


Skrub atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. Sementara rawatan sauna/tangas memberi kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bau atau keputihan.

Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim wanita.

Selain rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?

1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing.

2. Tahan selama 2-3 saat.

3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.

4. Buat 25 kali tiga kali sehari tidak kira di mana anda berada.

5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.


Pemakanan Sihat

Makanan turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut.

Seeloknya wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalan pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin.

Khasiat biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.

Selain menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami tercinta.

Menurut Safi, pentingnya membina kembali hubungan intim bersama suami biar pun sibuk menguruskan bayi kecil.

“Biasanya wanita lupa kepada suami kerana sibuk memberi fokus kepada anak. Hubungan dengan suami adalah tanggungjawab dan kewajipan.”

Melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami pengalaman pahit semasa bersalin.

Tetapi sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan kuat.

Namun jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.


Tip

• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.

• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.

• Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan kesensitifan pada bahagian sulit.

• Jika ada masalah bau atau keputihan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mematikan bakteria di bahagian sulit.

• Digalakkan wanita mengambil suplemen seperti :


Vit E dan Alfafa.

Vitamin E

- menstabilkan hormon

- meningkatkan citarasa seksual

- Antioksida yg hebat, membantu mengelakkan masalah berkaitan kanser payudara, kanser serviks & ovari

Alfafa

- Boleh mengembalikan tisu2 dalam faraj (mengetatkan),

- merawat keputihan

- menyahkan bau yang takmenyenangkan di vagina dan badan


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

11/21/2012

Set Penyusuan Shaklee

Set B Melancarkan Penyusuan Anda



*************************

Breastfeeding Set Shaklee sangat berkesan untuk membantu ibu-ibu menyusu menghasilkan susu dengan banyak.. Saya sendiri menggunakan set ini, dan hasilnya Alhamdulillah dari perahan1 0z meningkat ke 4 Oz selepas mengambil set ini selepas 5 hari. Dan sehingga kini saya masih mengambilnya, kerana selain meningkatkan penghasilan susu, saya juga berasa sangat bertenaga dan kurang letih, di samping masalah sembelit selama ni dah hilang..
Dan, BONUS..berat badan juga menurun selama 3 kg dalam masa sebulan pengambilan!
Dengan segala khasiat, apa yang ada dalam set ini ya?
Jom kita tengok..

1) Vitamin B Complex
Vitamin ini sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil kepada tenaga, meningkatkan pembentukan sel darah merah dan meningkatkan penghasilan susu. Ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kelesuan dan stress. Justeru,vitamin ini bertindak sebagai penenang dan meningkatkan fokus. B complex juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya "B" for beauty.

2) Vitamin C
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan sangat penting untuk membentuk kolagen. Bertindak sebagai anti oksidan dan berperanan dalam membentuk kulit yang cantik. Membantu pembentukkan sel-sel baru, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam serta berupaya mencegah penyakit barah.

3) Vitalea (Multivitamin)
Mengandungi vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh badan manusia, formula lengkap dengan zat besi. Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian. Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

4)Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi dan membuatkan sistem badan berjalan lancar. Bertindak sebagai milk booster dan membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU. Juga membantu menyelesaikan masalah wanita, termasuklah masalah keputihan.

Sebagai tambahan untuk ibu-ibu bekerjaya yang menyusukan anak secara eksklusif, anda juga boleh mengambil Energizing Soy Protein(ESP) dan Ostematrix (Kalsium Magnesium dengan Vitamin D) untuk membantu penghasilan susu ibu yang banyak dan kesan yang maksimum.Namun harus diingatkan, konsep utama penyusuan ialah SUPPY AND DEMAND. Anda haruslah menyusukan anak anda / pam sekerap mungkin (setiap 2-3 jam) untuk mendapatkan hasil maksimum.

Vitamin-vitamin ini hanya membantu dan berkesan jika payudara anda dikosongkan dengan kerap, dimana memenuhi konsep ~ lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak susu akan dihasilkan.Di samping itu, ibu juga harus memastikan mengambil air tidak kurang dari 3L bagi menjayakan proses penyususan. Ini kerana susu ibu itu sendiri sebahagian besarnya terdiri dari air. Jika ibu tidak minum banyak air,mana mungkin banyak susu boleh dihasilkan.

Dan, kembalilah kepada Pencipta kita..Mintalah kepadaNya agar memurahkan rezeki anak kita. Kerana Dialah sebaik-baik Pencipta dan Sebaik-Baik Pemberi. Bagi Muslim, banyak-banyakkanlah doa dan zikir agar jiwa kita kembali tenang dan yakin denganNya, insyaAllah program penyusuan kita berjalan lancar.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

PM saya untuk dapatkan harga diskaun dan konsultansi percuma.

11/20/2012

Kesan baby walker.....

Menurut Dr Brenda J Shield lagi, Baby Walker sebenarnya tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan, malah melambatkan kanak-kanak itu belajar berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang.


Berguling, duduk, merangkak dan bermain di lantai sebenarnya mengajar kanak-kanak asas untuk berjalan.

(Kajian : Petridou, E. et al (1996) Hazards of baby walkers in a European context. Injury Prevention, 2(2), 118-120 )

Kanak-kanak berkembang mengikut jangkamasa tertentu. Biasanya ia mula bertatih pada usia 8-12 bulan dan berjalan dari usia 10-15 bulan.

(Jika kanak-kanak itu masih tidak boleh berdiri di usia setahun, haruslah membawa berjumpa dengan pakar paediatrician untuk mendapat nasihat).


Untuk berjalan, kanak-kanak dikawal oleh dua sistem di dalam otaknya yang dikenali sebagai sistem perasa (sensory) dan sistem motor (otot pergerakan). Penglihatan dan perimbangan kanak-kanak ini akan mengawal pergerakan kaki dan cuba mengekalkan kedudukan dan imbangan bila berjalan.

Apabila kanak-kanak itu semakin membesar, perubahan fizikal amat ketara – kaki bertambah panjang, bahu semakin melebar dan kepala semakin mengecil secara nisbah berbanding dengan badan- menyebabkan kanak-kanak itu mudah mengimbangi badan ketika berdiri dan berjalan.

Untuk berjalan, kanak-kanak itu perlu berlatih, iaitu berdiri dan dan melangkah perlahan-lahan. Dengan itu ia merangsangkan secara tidak langsung perkembangan otot (motor) dan perasa (sensori).

Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan mcm2 lagi...


Tahukah Anda?

■Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini.
■Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.
■Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
■Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.


Berikut merupakan antara vitamin yang disyorkan untuk kanak-kanak...


Chewable Vita-C @ 100mg

Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.

■Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan

■Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat

■Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging

■Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


Vita-Lea® for Children Chewable

■Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting

■Sumber kalsium untuk pembinaan tulang

■Baik untuk kesihatan

■Sumber harian tambahan bagi vitamin B

Bagi anak-anak yang aktif dan tidak suka dengan vitamin berbentuk pil, ada pilihan buat mereka. Iaitu Mealshakes.


Mealshake
campurkan 1/4 sudu makan Meal Shake ini kedalam susu (8oz)Meal Shakes

■Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak

■Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting

■Rendak lemak dan rendah glisemik

■Sumber protein dan kalsium

■Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur

■sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua

Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.


Jangan salah anggap ye... Tidak semestinya perlu semua ini... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:


■Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.

■Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.

■Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.

11/18/2012

SPECIAL INFO UNTUK YANG GEMAR MINUM AIS




Orang² tua cakap, tak elok amal minum air sejuk/batu/peti. Ye takkk? Hee. Sebab ape eh? Mari kita siasat & tengok sendiri kesan minum air batu pada paru-paru. Jom buat eksperimen:

1) Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air.

2) Biarkan di atas meja untuk tempoh beberapa minit.

...3) Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas.

Sooooo, ape yang kite nampak? Ye, ade titisan air di permukaan luar gelas kan. Haa tulah peluh² air batu tadi. Jadi, kite boleh simpulkan, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Cewahhh, belajar sains pulak. Hee. :)

Begitu juge halnya dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran itu terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity) tau.

Contohnye, bile seseorang minum air batu seperti jus apple atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk danalveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain. Paham ke tuh? :p


Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul, maka ini akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Haa, itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila buat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak cukuppp! Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindakbalas iaitu tapak tangan lembap dan basah.



Cube pantang minum ais setahun. Tengoklah sendiri, anda akan jimat bape KG. Hee.. (maafkan hamba kalo salah info yer… ^_^)See more

Adakan soya yang anda pilih itu selamat???

Checklist soya yang selamat


Soya ada pelbagai jenis. Macam-macam jenis soya yang ada di pasaran. Ada dalam bentuk serbuk, kotak dan sebagainya. Adakah anda pernah mengambil berat soal soya ini? Adakah soya yang anda ambil selamat?

YA, memang ada risikonya. Jom kita tengok checklist di bawah.. ADAKAH SOYA ANDA SELAMAT?

Adakah kacang soya kegemaran anda…


Ditanam secara organik?

Tidak menjalani proses genetik (Bukan GMO)?

Mengandungi 9 asid amino penting?

Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol?

Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan?

Diproses tanpa haba?

Ditambah dengan kalsium? (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)?


Sekiranya anda mendapati semuanya atau kebanyakannya TIDAK, maka inilah masanya untuk anda mendapatkan minuman soya yang terjamin dengan ciri-ciri di atas.


Apakah penerangan di sebalik ciri-ciri di atas?


KACANG SOYA TIDAK ORGANIK (menggunakan baja kimia, pestisid, etc) – mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi nitrat. Kandungan nitrat yang tinggi membawa risiko KANSER!!!

KACANG SOYA GMO - lebih murah untuk menghasilkannya, dan lebih berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan toksin!

9 ASID AMINO - adalah penting untuk proses penghasilan hormon, antibodi dan enzim. Kekurangan asid amino perlu ini menjadikan tubuh kita kurang berkesan untuk menjalankan proses-proses penting dalam tubuh.

KACANG SOYA DIPROSES DENGAN ALKOHOL – mengurangkan kadar isoflavone hingga 88%! Isoflavone adalah bahan yang mengurangkan risiko kanser. Ia juga penting dalam tindakan hormon dan jisim tulang.

BAHAN ANTI-TIROID & ANTI-PERTUMBUHAN – menyebabkan fungsi tubuh terganggu dalm meningkatkan risiko kanser.

KACANG SOYA YANG DIPANASKAN - merosakkan kandungan proteinnya!

KACANG SOYA YANG DIPROSES (DIBUANG MINYAKNYA) – menjadi berasid. Kalsium yang ditambahkan akan menjadikannya neutral semula.


Sanggupkah anda merisikokan diri dengan mengambil langkah yang tidak selamat, sedangkan anda sebenarnya ingin menjaga kesihatan? Mungkin anda dah pernah baca tentang risiko penyakit kanser yang disebabkan oleh soya.. seperti yang digembar-gemburkan.

Dapatkan soya yang berkualiti dan selamat..


soy protein
Photo: Kenapa perlu pilih Protein Shaklee?

■Sesetengah protein soya diproses menggunakan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon, tetapi juga boleh membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk membekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal bagi memastikan anda mendapat keseluruhan manfaat soya.
■Shaklee menggunakan Protein Soya Bukan-GMO 

Energizing Soy Protein 850g
Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu 
yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
1 tin = 36 hidangan
1 hidangan = 28 gram

Kandungan setiap hidangan
Kalori............................110
Lemak............................1g
Kolesterol.......................0g
Karbohidrat...................10g
Gula (fructose & dextrose) 9g
Thiamin (thiamin mononitrate) 2mg
Riboflavin......................2mg
Niacin (niacinamide)......10mg
Vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride) 0.5mg
Pantothenic Acid (calcium pantothenante) 2mg
Calcium (tricalcium phosphate & calcium carbonate) 500mg
Iron...............................2mg
Phosporus (tricalcium phosphate) 250mg
Sodium........................170mg
Protein..........................14g 

9 Asid Amino Perlu
Histidine.................340mg
Isoleusine...............630mg
Leucine................1160mg
Lysine....................890mg
Methionine.............180mg
Phenylalanine.........720mg
Threonine..............520mg
Tryptophan............180mg
Valine....................650mg

Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian kita. 
Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP(Identity Preservation Program) yang bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau dan dikawal ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.
Protein soya ini tanpa tambahan perasa, pemanis, pewarna, pengawet. Bebas kafein & formula vegetarian.


Cara penyediaan & Dos Cadangan
Bancuhkan 1-2 sudu besar Energizing Soy Protein mudah larut ini ke dalam segelas susu, jus, air atau apa sahaja minuman kegemaran anda. Goncang sebati. Nikmati Energizing Soy Protein 2 kali sehari. 

Cadangan ketika berpuasa
1 hidangan selepas makan sahur
1 hidangan semasa berbuka puasa
Boleh diminum oleh semua peringkat usia kecuali bayi dibawah 1 tahun
Sangat bagus untuk ibu mengandung dan menyusukan anak
Ringkasan Energizing Soy Protein* Halal
* Vegetarian
* Organik
* Tanpa laktosa
* Kolesterol sifar
* Rendah lemak & gula
* Tanpa tambahan perasa, pemanis, pewarna, pengawet. 
* Bebas kafein
* Non-GMO (not genetically modified organism)
* Membina tisu-tisu sel yang baru
* Membaiki tisu-tisu sel yang rosak
* Membekalkan tenaga
* Membekalkan nutrien untuk pertumbuhan kulit, rambut dan kuku yang sihat
* Mengimbangi hormon
* Sesuai semua peringkat usia kecuali bayi bawah 1 tahun
* Mudah larut dalam air
* Sedap rasanya, kanak-kanak pun suka
* Tinggi kandungan kalsium

pm or sms/whatsapp/call - 012-2397044

… dari Shaklee, Energizing Soy Protein!

Bukan itu sahaja, ia juga sangat bagus untuk penyusuan susu ibu!



11/12/2012

BENGKAK SUSU SELEPAS BERSALIN

Bagaimana menghadapinya?
-----------------------------

Apakah yang boleh dilakukan untuk merawat payudara bengkak?

 ♥ Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

♥ Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

♥ Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

♥ Jika payudara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

♥ Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.

♥ Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.

♥ Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.


s

Slimming Set Shaklee

Secara asasnya, utk diet... Anda perlu 3 = DETOX + BAKAR LEMAK + PROTEIN


Kenapa kene detoks? 
Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. :)... tahukah anda... kunci asas untuk kurus adalah detox dulu yaaa..)

Kenapa perlu bakar lemak ? 
Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak2 ... Lecitin dinamakan "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat kat lemak.... dalam perkataan ringkasnya, menyebabkan lemak tu terapung kat dalam darah... dan seterusnya mencegah lemak dari melekat kat dinding membrane.. Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh bdn..

Kenapa protien? 
Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Namun apa pun perlu ingat, nak kurus, slim TAK BOLEH hanya bergantung pada supplement semata-mata, kita perlu amalkan cara hidup yang sihat, makanan yang sihat, serat yang banyak serta air yang mencukupi barulah semuanya seimbang. Pastikan mengamalkan 3 pekara di bawah ...

Pertama Air… memainkan peranan yg penting untuk memastikan kita sentiasa segar dan amat membantu dalam penurunan berat badan kerana air boleh membantu untuk meningkatkan metabolisma tanpa sebarang nutrisi… maksudnya , air ni kosong nutrisi , tak ada carbs , atau lain-lain… jadi , rugi lah kalau kita minum air kurang.. belum lagi kira untuk buah pinggang… sebab tu jangan sesekali kurang air.. 4-5 gelas sebelum makan sudah mesti..

Kedua Tidak cukup makan.. ish, mane boleh macam ni,  makan mesti cukup. Berapa kali nak cakap, jangan skip makan.. jangan berlapar… ada yang sampai sakit2 kepala pasal tak makan, ni dah salah… makanan yg cukup juga dapat memastikan badan kita tak masuk satu mode yg amat dikenali dalam diet, iaitu mode lapar.  Kalau makanan yg kita makan mencukupi, ini dapat memastikan kadar metabolisma kita sentiasa tinggi… tambah lagi dengan exercise, lagi la tinggi…

Ketiga Karbohidrat tersembunyi… Ini biasanya datang daripada kuah yang kita tak perasan ada carbs yang tinggi.. sila check bab kuah ye… plus, kita mesti baca label betul-betul… teliti betul-betul kandungan karbohidrat tu.. yang pasti kita tak boleh ambil karbo lebih drp 35gm sehari kalau betul-betul nak kurus..

credit to miakiddles

11/05/2012

ALFALFA COMPLEX

Bulan ini SHAKLEE promosi ALFALFA.

Macam biasa, beli 6 percuma 1.
Jenis yang botol kecil (330 biji) ada, yang besar (700 biji) pon ada. ALFALFA ni bukan sahaja terkenal sebagai MILK BOOSTER, tapi ianya juga boleh digunakan seisi keluarga kerana fungsi-fungsi lain seperti;

♥ Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
♥ Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
♥ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
♥ Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangja panjang Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menterap kolesterol.
♥ Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor.
♥ Melagakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.
♥ Mencegah / merawat artitis - Melegakan sakit artitis dan kesakitan.
posted from Bloggeroid

Performance Drink


100 Plus...Red Bull... Livita...macam2 lg minuman untuk sukan (minuman isotonik) yang biasa dijual di kedai dan biase kite minum.

Mungkin ada yang skeptikal, alah semua isotonic drink tu sama je. Fungsi dia kan sama.
Mungkin anda tak tau, yang Performance Drink ni jauh lebih baik dari brand-brand lain yg ada dijual tu.

..........................................................

So, ape ISTIMEWANYA Performance Drink?

1. Performance Drink kurang gula (less sugar).

2. Performance Drink bersifat isotonik
kepekatan karbohidrat yang sama dengan darah kita--->> lebih mudah diserap untuk menaikkan kadar gula dalam darah ke peringkat sepatutnya, bekalkan dengan segera – kurang penat.

3. Performance Drink mengandungi sedikit natrium bagi mempercepatkan penyerapan cecair oleh tubuh – kurang haus.

4. mengandungi formula unik OPTI LYTE

5. Performance Drink tanpa bikarbonat, tanpa sucrose – bahan utama yg terdapat dalam 'sport drinks' lain, tanpa perasa dan pewarna tiruan.

...................................................................

The Shaklee Difference : Formula OPTI-LYTE

OptiLyte adalah campuran saintifik elektrolit untuk menyokong tahap penghidratan optimum.

Ia terbukti secara klinikal untuk penghidratan yang lebih baik daripada air dan mempunyai lebih banyak elektrolit dari jenama yang terkemuka.

Formula khas Opti-Lyte ini juga digabungkan dengan gabungan karbohidrat unik untuk memberikan tenaga segera dan berterusan serta menyokong penghidratan optimum.

Gabungan karbohidrat yang dimaksudkan (dulu dikenali sebagai formula OptiCarb), termasuk glukosa, fruktosa dan maltodekstrin.

Glukosa dan fruktosa adalah karbohidrat ringkas untuk penyerapan yang cepat.

Maltodekstrin adalah karbohidrat yang lebih kompleks yang direka untuk memanjangkan penyerapan untuk membantu mengekalkan tenaga dan daya tahan.

..........................................................

Golongan yang sesuai mengambil Performance Drink:

1. Mereka yang aktif bersukan.

2. Mereka yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).

3. Mereka yang menghidap gout.

4. Ibu yang menyusukan anak.

5. Mereka yang kurang minum air.

6. Mereka yang kerap sakit kepala.

7. Bila rasa nak demam, atau sedang demam.

8. Kanak-kanak yang demam.

9. Menggantikan minuman ringan terutama yang berkarbonat.

10. Orang yg mengalami muntah2 dan cirit birit

….dan banyak lagi.
....................................................................

Pssttt... : Kalau cirit birit atau muntah2..minum PD ni mmg lega..rase orennye melegakan kepala..dan plg penting PD menhidratkan tubuh kite.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

11/02/2012

Alfalfa Complex

Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 - 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.



Kebaikan Alfalfa

1) Galactagouge. Bagus diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana ia merangsang dan menambah pengeluaran hasil susu ibu (milk booster)

2) Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas

3) Membantu membuang angin di dalam badan

4) Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan

5) Bagus untuk buah pinggang

6) Sangat sesuai dalam merawat asma, allergik dan athritis

7) Berkhasiat untuk membantu masalah :

* Penyakit Usus (Colon disorder)

* Buah pinggang

* Kencing manis

* Melawaskan usus

* Ulcer

* Fluid retention (sembab)

* Kurang selera

8) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :

* Penghadaman

* Pencernaan

9) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah :

* Gastrik

* Penyakit kulit (Eczema)

* Kurang darah (Anemia)

* Sembelit

* Badan, nafas dan kaki berbau

10) Promotes pituitary gland function

11) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

12) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti Kacip Fatimah, maka ia membantu dalam "hubungan" suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita dan para isteri

PROMOSI BULAN NOVEMBER 2012




* NAK BELI SATU PUN BOLEH STILL DAPAT HARGA PROMO

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ). Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya. Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~* ( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.) Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Wallahualam. by: Susu Halib's

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...